Macam mana sambutan Hari Raya korang? Dah beraya berapa banyak rumah? Mesti hari ini korang sambung beraya ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai kan!
Tak payah lah pergi beraya sampai 10 buah rumah satu hari, takut korang terlebih makan sampai kena beraya di hospital. Makan berpada-pada, jangan ikutkan nafsu! Raya kan sebulan!
Tapi bila korang tak keluar beraya, mesti ramai tetamu yang datang ke rumah dan tak menang tangan lah korang nanti.
Bercerita tentang tetamu, selalunya minggu pertama raya memang ramai yang serbu rumah korang datang beraya.
Team Oh Hangat pasti setiap tahun mesti korang ‘mengomel’ tentang kerenah tetamu yang datang beraya. Setiap orang lain kerenahnya kan!
Korang konfem setuju 6 perkara ini terpaksa buat korang ‘senyum’ sepanjang Hari Raya tengok kerenah tetamu yang datang ke rumah.
1. Kuat Makan
Bila tetamu datang beraya, mesti lah korang akan hidangkan kuih raya tetapi kalau tetamu istimewa konfem korang jamu mereka dengan makanan berat seperti mi goreng, mi sup atau nasi ayam.
Tak kira tetamu biasa atau istimewa, korang akan jumpa tetamu yang kuat makan sampai kuih dalam balang licin!
Sudah lah habiskan kuih, minta korang tambah lagi macam kuih tu dia yang beli. Mesti korang senyum je kan, tak kan nak cakap tak boleh pulak.
2. Tumpahkan Makanan/Air
Lazimnya tetamu yang datang beraya bawa anak-anak kecil, jadi kalau ada insiden tertumpah air dan makanan mesti lah korang terpaksa senyum juga.
Nak tegur atau marah anak orang kan? Tetamu balik korang mula lah membebel sampai basuh pinggan dan cawan di sinki!
3. Marathon Dalam Rumah
Ini lagi satu masalah kalau tetamu bawa anak-anak kecil dan mereka biar anak berlari-lari dalam rumah korang.
Ada ibu bapa prihatin akan tegur dan suruh anak duduk diam tapi yang jenis tak kisah dibiarkan anak marathon sampai balik. Kena senyum lagi dan sabar je lah!
4. ‘Melawat Kawasan’
Kononnya datang rumah korang setahun sekali, jadi inilah masa nak ‘melawat kawasan’ yang bermaksud tinjau sekeliling rumah korang sampai ke dapur!
Tetamu macam ni memang ‘rare’ dan hanya mak cik bawang je yang selalu buat perangai macam ni kan. Korang layan kan je lah!
5. Beraya Terlalu Lama
Rasanya semua orang pernah alami situasi ni di mana tetamu datang raya dan duduk terlalu lama sampai korang berkata dalam hati bila lah mereka semua nak balik kan.
Tetamu pun kena lah faham tuan rumah nak keluar beraya juga dan berehat menonton drama-drama best raya ni!
6. Parking Merata
Tengah syok berbual dengan tetamu, tiba-tiba jiran korang panggil ada kereta ‘block’ garaj mereka.
Sudah tentulah kereta tu tetamu korang yang punya, jadi raya tahun ni pastikan tetamu tak parking merata atau block tempat parking orang lain sama ada di taman perumahan atau kampung.
Walaupun nampak kecil tetapi kemarahan dalam hati orang mana kita tahu kan, lebih baik jangan susahkan orang lain.
Korang setuju tak dengan 6 perkara yang Team Oh Hangat senaraikan ni? Konfem semua orang pernah alami situasi yang sama kan! Lebarkan senyuman dan banyak kan bersabar ye! Tetamu kan pembawa rezeki!