Memandangkan sekarang ini masih ‘panas’ dengan kisah 12 pemain bola sepak remaja dan jurulatihnya yang terperangkap di Gua Tham Luang, Thailand, Team Oh Hangat nak senaraikan 5 filem ‘survival’ inspirasi dari kisah benar!
Korang wajib tonton semua filem ini untuk melihat sendiri bagaimana misi mencari dan menyelamat yang sebenar dan ‘rare’ yang harus dilalui pasukan penyelamat.
Bukan perkara mudah dan mereka harus menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Mana tahu lepas tonton filem ni, korang terus bercita-cita nak tukar kerjaya jadi pasukan penyelamat kan!
1. The 33 (2015)

Filem ini mengisahkan 33 orang pekerja lombong terperangkap selama 69 hari di dalam lombong dengan kedalaman lebih 700 meter dari permukaan tanah.
Korang boleh bayangkan tak macam mana pekerja lombong tu semua nak ‘survive’ sementara mencari jalan keluar dan menanti keajaiban berlaku. Konfem best filem ni!
2. Deepwater Horizon (2016)

Deepwater Horizon adalah kisah benar mengenai letupan yang berlaku di sebuah pelantar minyak di Teluk Mexico.
Kesemua pekerja pelantar minyak berusaha menyelamatkan diri daripada dijilat api yang semakin marak.
3. Backcountry (2014)

Backcountry diadaptasi dari kisah benar pasangan suami isteri iaitu Mark Jordan dan Jacqueline Perry yang diserang beruang ketika sedang berkhemah.
Nak tahu berjaya atau tidak pasangan ini menyelamatkan diri dari beruang berkenaan, korang kena lah tonton sendiri!
4. Captain Philips (2013)

Captain Philips mengisahkan sebuah kapal laut yang dalam perjalanan menuju ke Kenya secara tiba-tiba telah diserang dan dirampas oleh lanun Somalia.
Kapten kapal iaitu Kapten Philips berusaha untuk menyelamatkan diri dan juga anak-anak kapal yang lain. Berjayakah mereka terlepas dari tawanan lanun Somalia itu?
5. Alive (1993)

Dalam filem ini, sebuah pesawat yang dinaiki oleh sepasukan ragbi Uruguay telah terhempas di kawasan pergunungan salji Andes.
Bermula saat itu, mereka semua terpaksa berdepan detik yang sangat sukar hingga terpaksa makan daging mayat rakan mereka yang telah terkorban demi meneruskan kelangsungan hidup.
Baca sinopsis pun dah best, belum tengok lagi kan! Nanti dah tengok jangan lupa bagitahu Team Oh Hangat best ke tak okay!
Sumber : Wan Sheehan