Bila terlintas di kepala nak cari perabot atau perkakas rumah , mesti IKEA menjadi destinasi yang korang akan pilih kan?
Tapi dalam IKEA tu bukan semata-mata ada jual perabot dan perkakas rumah saja, mereka juga ada menjual makanan yang sedap!
Kalau dah biasa pergi IKEA, mesti nak makan meatball, karipap dan aiskrim vanila lembut IKEA! Rasanya memang lain dari yang lain!
Tapi, IKEA Malaysia telah membuat pengumuman menerusi Facebook rasminya mengatakan, aiskrim vanila kegemaran ramai itu telah digantikan dengan aiskrim soya! No more aiskrim vanila dah lepas ni!
NEW IKEA Soya Bean Ice-cream
Soya heard about our new ice-cream flavour yet? We've now swapped our vanilla soft-serve with 100% plant-based, dairy and gluten-free Soya ice-cream! All part of our plan towards a more sustainable environment, one Soya ice-cream at a time.
Posted by IKEA on Wednesday, August 1, 2018
Sebelum ini, IKEA mengumumkan hasrat mereka untuk memperkenalkan aiskrim berasaskan tumbuhan pada Jun yang lalu.
Aiskrim terbaru itu 100% berasaskan tumbuhan, bebas tenusu, dan tanpa gluten. Ia pastinya berita baik buat mereka yang alah pada susu dan gluten.
Dalam pada itu, IKEA Malaysia menjelaskan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif ke arah ‘persekitaran yang lebih baik’.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Ripple, pelepasan karbon susu tenusu empat kali lebih tinggi daripada susu bukan tenusu.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan IKEA menukar perisa baru aiskrim tersebut kerana mereka sudah tidak dapat menikmati aiskrim kegemaran mereka itu. Tapi ada juga yang menyukainya kerana mereka tidak perlu risau lagi pada alahan.
Ada juga yang mengatakan IKEA sepatutnya mengekalkan perisa vanila dan menambah satu lagi perisa soya dan bukannya menggantikan perisa tersebut kepada yang baru.
Ada yang dah rasa ke aiskrim soya ni? Apa pendapat korang tentang aiskrim perisa baru ni? Sedap tak?
Sumber : vitdaily