Sedapnya kalau dapat makan mi sup daging dengan sambal kicap pedas kan?
Biasanya kalau pergi ke restoran, harga mi sup daging sekitar RM4.00 semangkuk. Tapi, korang mesti terkejut bila dapat tahu harga mi sup di Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China, dijual pada harga paling mahal di dunia.
Hidangan mi sup daging di salah sebuah restoran dia Shijiazhuang, dijual dengan harga RM8,200 semangkuk. Mahalnya!

Hidangan mi sup daging ini dikatakan mengandungi empat bahan yang berasal dari langit, tanah dan laut. Biar betul?
Tetapi, restoran ini tidak pula menyatakan apa bahan-bahan tersebut.
Menurut pengurus restoran, sejak menu itu diperkenalkan sejak enam bulan lalu, hanya empat mangkuk sahaja yang telah disediakan kepada pelanggan.

Ye lah mi sup daging ni terlampau mahal sebab itu hanya ada empat permintaan saja sepanjang ianya diperkenalkan.
Ada juga yang mengatakan, hidangan ini menjadi sangat mahal kerana daging lembu yang digunakan adalah daging yang sebenar dan tidak terdapat di mana-mana restoran lain.

Ada juga yang mengatakan tiada apa yang istimewa tentang hidangan tersebut. Menu tersebut diperkenalkan hanya untuk gimik semata-mata serta menarik perhatian pelanggan datang ke restoran tersebut.
Tak kisah la gimik atau tidak, yang pasti harga RM8,200 sangat tak masuk akal untuk semangkuk mi sup daging!
Sumber : vitdaily