Roti Bakar Dapur Arang Lima Perisa Ini ‘Pukau’ Pelanggan! Sedap Lain Macam!
By Hana Japre | 24, Aug 2018
SHARES
Biasanya kalau korang nak makan roti bakar mesti pergi kedai mamak atau kopitiam kan!
Namun lelaki ini memberi kelainan dengan berpakaian sut tukang masak menjual roti bakar menggunakan basikal antik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang 3.
Menurut Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Rizal Salikon, 39, mendapat idea untuk menjual roti bakar selepas melihat gaya jualan roti bakar di India menerusi Youtube.
Roti bakar yang dijual amat menggamit selera orang ramai kerana dimasak menggunakan dapur arang!