KANSER SERVIKS? Korang tahu apa tu kanser serviks? Umumnya kanser serviks ‘menyerang’ kaum wanita tanpa sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal.
Memang susah nak menyedari ‘kehadiran’ kanser serviks sehinggalah barah merebak ke tisu atau organ lain.
Kalau korang tak tahu, kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini membabitkan 12 peratus daripada semua kanser yang dihidapi wanita selepas kanser payudara dan usus besar.
Menurut laporan Harian Metro, antara simptom atau tanda awal korang perlu tahu adalah pendarahan faraj yang luar biasa yang boleh berlaku selepas hubungan seks di antara tempoh haid atau selepas menopaus.
Tapi apa PUNCANYA?! Punca utamanya disebabkan jangkitan virus papilloma manusia (HPV)!
Selalunya HPV tersebar ketika melakukan persetubuhan faraj atau dubur! Bukan itu je, ia boleh tersebar melalui sentuhan tangan ke bahagian sulit.
Ini bermakna, wanita yang tidak melakukan hubungan seks juga berisiko mengalami kanser ini. Serius lah???!
Antara gejala lain yang dikaitkan dengan kanser serviks ialah keputihan luar biasa dalam jumlah, warna, konsistensi atau bau, buang air kecil lebih kerap, sakit perut dan sakit ketika membuang air kecil.
Sebenarnya banyak je ceramah yang dianjurkan mengenai kesedaran kanser ini sejak bangku sekolah dan di peringkat global.
Malah sejak 2010, vaksin HPV juga diberi secara percuma kepada pelajar berusia 13 sebagai langkah pencegahan kanser serviks.
Bagaimanapun, wanita digalakkan melakukan pemeriksaan apabila usia mencecah 21 tahun hingga 30 tahun.
Jadi cegah sebelum terlambat, jangan ambil mudah simptom awal kanser serviks ini!