“Ada Beberapa Kali Memujuk Untuk Kembali Bersama” – Isteri Radhi OAG Dah Tawar Hati Selepas Berpisah Mac Lalu
By Faten | 20, Jun 2019
SHARES
Nampaknya selepas satu pengakuan, keluar lagi pengakuan lain yang melibatkan isu keretakan rumah tangga artis tanah air.
Terbaru, rumah tangga penyanyi Radhi OAG menemui jalan perpisahan apabila sah bercerai bersama isterinya Shahira Ayu pada 25 Mac yang lalu.
Bagaimanapun, penyanyi itu memberitahu dia dan bekas isteri akan hadir ke mahkamah semula bagi proses rujuk.
Namum begitu, lain pula kenyataan dari Shahira Ayu apabila dia nekad dengan keputusan untuk hidup solo dan hanya bersama anak.
Menerusi kenyataan Radhi sebelum ini, dia meluahkan hasratnya untuk kembali hidup bersama bekas isteri.
“Dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya sudah nekad dengan keputusan ini”
Bagaimanapun, Ayu enggan berkongsi punca keretakan rumah tangga mereka dan menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.
Pasangan ini telah menfailkan kes penceraian mereka pada 3 Jun lalu di Mahkamah Renddah Syariah Petaling Jaya dan kes mereka akan dibicarakan dalam masa terdekat.