Sehingga kini anda masih belum terima tawaran atau masih tercari-cari institusi pengajian tinggi yang sesuai dengan minat anda?
Jangan bersedih! Jom ramai-ramai berkunjung ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2019 pada 3 & 4 Ogos 2019 bertempat di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1, 2 dan Atrium).
Menariknya, ekspo ini bukan saja dianjurkan untuk pelajar lepasan SPM malah STPM, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang mencari peluang melanjutkan pengajian di menara gading.
Bukan sekadar ekspo biasa-biasa, ini 5 sebab yang anda perlu tahu mengenai Ekspo Pendidikan Tinggi 2019 anjuran Sureworks ini!
#1 Lebih 200 Pilihan Institusi Terbaik
Kalau anda nak tahu, ekspo ini menyediakan lebih 200 institusi terbaik dalam dan luar negara untuk pelbagai bidang. Jadi bagi anda yang bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan lain-lain, jangan lepaskan peluang mencari sendiri institusi terbaik hanya di sini!
Pelbagai bidang yang ditawarkan antaranya Pengurusan Hotel, Perakaunan, Penerbangan, Juruterbang, Bakeri, Masakan, Kecantikan, Pengajian Perniagaan, Penyiaran, Undang-undang, Sains Tambahan, Pengajian Komunikasi, Kejuruteraan, Multimedia, Sains Komputer dan IT, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Pemasaran, Muzik, Pengajian Pelancongan, Pengiklanan, Rekaan Grafik, Seni Bina, Hiasan Dalaman, Kejururawatan, Automotif, Dandanan Rambut, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Krew Kabin, Pilihan Latihan Kemahiran, Kaunseling Aptitud dan Bidang serta banyak lagi.
Bagi anda yang mempunyai kemahiran dalam bidang automotif, muzik, bakeri, masakan dan lain-lain kemahiran, korang juga berpeluang melanjutkan pengajian di bawah program Pendidikan Latihan Kemahiran.
#2 Khidmat Nasihat PTPTN
Pertama kali mahu melanjutkan pengajian, anda pasti bimbang mengenai biasiswa atau yuran yang perlu dibayar mengikut bidang yang dipilih.
Anda tak perlu bimbang kerana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat oleh pegawai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengenai biasiswa dan Program Subsidi Bayaran secara PERCUMA sahaja!
#3 Ceramah Kerjaya
Masih belum yakin dengan kursus dan institusi yang anda nak pilih? Jom sertai ceramah kerjaya di ekspo ini yang bakal memberi maklumat dan nasihat kerjaya pada setiap persoalan di minda anda.
Pakar industri berpengalaman akan memberikan pandangan yang jelas terhadap bidang dan kerjaya yang anda ingin ceburi, di samping mempersiapkan diri anda agar berani menempuh kehidupan di alam pengajian dan pekerjaan sebenar.
Bagaimanapun, tempat duduk ceramah ini adalah terhad, jadi siapa cepat, dia dapat! Jangan datang lambat!
4# 'Freebies' Percuma
Anda mesti tak percaya yang anda tak akan pulang dengan tangan kosong! Anda akan diberi buku mengenai ‘Tawaran Diskaun Yuran Kursus dan Biasiswa’ secara PERCUMA. *Tertakluk kepada terma & syarat
Bukan itu je, anda berpeluang menjalani Ujian Kerjaya secara PERCUMA bagi mengenalpasti keperibadian dan membantu membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian.
Jangan bimbang! Enrich Counselling & Therapy Centre juga akan memberi nasihat mengenai pilihan kerjaya dan pengajian kepada anda selain khidmat ‘Career Guidance Test (Kudos)’ pada harga diskaun! Wow tak sabar kan!
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan majalah ‘coursesmalaysia’ tajaan GTI Media Sdn Bhd dan ‘easyuni.my’ tajaan EasyUni Sdn Bhd secara PERCUMA! Terhad 500 naskah sahaja setiap hari! *Tertakluk kepada terma & syarat
#5 Menang Peraduan
Alang-alang dah rancang nak berkunjung ke ekspo ini, jangan lupa sertai 'Fun Quiz Spin & Win Contest' yang ditaja oleh International University of Malay-Wales (IUMW).
Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti baucar rebat kursus bernilai RM5,000 & RM15,000, Notebook jenama Asus, telefon bimbit Huawei Nova 4, mesin pencetak HP, powerbank Pineng, pendrive Kingston, baucar makanan Sakae Sushi dan Fish & Co, baucar diskaun Larrie dan banyak lagi. *Tertakluk kepada terma & syarat.
Prizes Sponsorship:
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, MARK kalendar anda dan jangan lupa ajak rakan dan ahli keluarga berkunjung ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2019 dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Masuk PERCUMA taw!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03–61561500 atau layari Sureworks. Jumpa anda di sana!