Dah nak hujung tahun, masa inilah komputer riba, telefon bimbit, printer nak ‘HANG’! Assignment, proposal banyak nak kena hantar ‘deadline’ dah nak dekat. Apa nak buat ni?!
Rileks lahhh...Ni nak habaq mai kat ampa semua, peruncit terbesar bagi produk pengguna berasaskan teknologi, TMT bakal mengadakan promosi jualan gudang tak lama lagi!

Bertempat di Tingkat 1 (Utara) pusat beli-belah Eko Cheras, promosi jualan gudang IT & Mobile TMT akan berlangsung dua kali pada bulan ini iaitu dari 22 hingga 24 November 2019 & 28 hingga 30 November 2019.
Jangan teragak-agak nak pergi ‘ushar’ harga dan gajet yang menjadi idaman hati korang tu sebab macam-macam produk ditawarkan dengan harga promosi ‘kaw kaw’!

Antara produk yang ditawarkan adalah telefon pintar, tab, hardware, komputer riba dan macam-macam lagi! Semuanya dari jenama terkenal seperti Apple, Asus, Acer, HP, Huawei, MSI, Honor, Samsung, Vivo!




Korang yang kaki gaming tu, kalau nak tukar komputer riba yang selalu 'HANG' sampai potong mood korang, inilah masanya untuk BERTUKAR! 'Gaming laptop' ada diskaun sehingga RM700 bro! Antaranya MSI Gaming GP63 8RE-820MY (Leopard) -Black (RM4,799), Asus Gaming FX705G-EEW273T-Gold Steel with RGB Keyboard (RM4,399) dan banyak lagi.

Komponen pun ada promosi juga taw! Antara produk komponen yang korang kena 'grab' adalah Linksys RE1000 Wireless-N 300Mbps Home Range Extender (RM59), TENDA U12 AC1300 Wireless Dual-Band USB Adapter (RM46) dan macam-macam lagi lah!

Bukan itu je, korang juga jangan terlepas peluang sambar unit demo seperti telefon pintar dan banyak lagi produk lain yang dijual dengan harga istimewa! Ada harga unit demo yang 'murah gila' sampai korang pun mungkin tak percaya! Tak sabarnya nak serbu jualan gudang TMT ni!



Korang masih tak percaya lagi ke? Ada lagi nak habaq mai ni, TMT juga menawarkan produk dengan harga serendah RM1! Kalau nak tahu apa produknya, korang kenalah pergi jualan gudang TMT dan ‘check it out’ sendiri ye! Siapa cepat, dia dapat! Murah sangat ni! Bak dialog dalam filem P.Ramlee, “Ini betul-betul, bukan cubaan…”

Biasanya bila jualan gudang, kalau korang beli produk terpilih mesti ada hadiah PERCUMA untuk korang! TMT pun ada juga, mana boleh takde kan!

Ada berita lagi best untuk korang semua! TMT telah bekerjasama dengan aplikasi Razer Pay dan Citibank untuk memberi lebih banyak manfaat untuk korang!
Korang boleh menikmati potongan harga sebanyak 5% apabila melakukan pembayaran menggunakan aplikasi Razer Pay. Sekiranya korang melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit Citibank pulak, korang akan dapat powerbank percuma apabila berbelanja RM500 ke atas di jualan gudang IT & Mobile TMT nanti!

Pendek kan cerita, korang MESTI singgah ke jualan gudang IT & Mobile TMT sebab TMT menawarkan diskaun sehingga 80%! *Tertakluk kepada terma dan syarat
Inilah masanya korang nak memiliki gajet idaman dengan harga tak masuk akal dan jadi pengguna yang bijak! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan halaman Facebook rasmi TMT yang tertera di bawah ini.
> Facebook TMT
> Facebook Jualan Gudang TMT
> Laman web Jualan Gudang TMT
 |
22 - 24 Nov (Jumaat - Ahad) , 28 - 30 Nov (Khamis - Sabtu) |
 |
10am - 10pm |
 |
Eko Cheras Mall, Tingkat 1 Utara (L1SA1 - L1SA5) |