Dah habis SPM, dah lama ‘grad’ tapi masih belum terima tawaran melanjutkan pelajaran atau BUNTU nak pilih institusi pengajian tinggi yang terbaik?
Ekspo Pengajian Tinggi 2019 yang bakal berlangsung pada 7 & 8 Disember 2019 adalah ‘ONE STOP SOLUTION’ untuk anda!

Bertempat di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1, 2, 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam, ekspo anjuran Sureworks ini sentiasa menjadi sasaran pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang masih mencari peluang melanjutkan pengajian di menara gading.
Anda pasti tertanya-tanya KENAPA ekspo ini menjadi sasaran orang ramai setiap tahun. Ini 6 sebab yang anda perlu tahu mengenai Ekspo Pendidikan Tinggi 2019!
NO 1 Tawar Institusi Terbaik Dalam & Luar Negara
Kalau anda nak tahu, ekspo ini menyediakan lebih 200 institusi terbaik dalam dan luar negara untuk pelbagai bidang. Jadi bagi anda yang bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan lain-lain, jangan lepaskan peluang mencari sendiri institusi terbaik hanya di sini!

Pelbagai bidang yang ditawarkan antaranya Pengurusan Hotel, Perakaunan, Penerbangan, Juruterbang, Bakeri, Masakan, Kecantikan, Pengajian Perniagaan, Penyiaran, Undang-undang, Sains Tambahan, Pengajian Komunikasi, Kejuruteraan, Multimedia, Sains Komputer dan IT, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Pemasaran, Muzik, Pengajian Pelancongan, Pengiklanan, Rekaan Grafik, Seni Bina, Hiasan Dalaman, Kejururawatan, Automotif, Dandanan Rambut, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Krew Kabin, Pilihan Latihan Kemahiran, Kaunseling Aptitud dan Bidang serta banyak lagi.
Bagi anda yang mempunyai kemahiran dalam bidang automotif, muzik, bakeri, masakan dan lain-lain kemahiran, korang juga berpeluang melanjutkan pengajian di bawah program Pendidikan Latihan Kemahiran.
NO 2 Khidmat Nasihat Biasiswa & Subsidi Bayaran

Pertama kali mahu melanjutkan pengajian, anda pasti bimbang mengenai biasiswa atau yuran yang perlu dibayar mengikut bidang yang dipilih.
Tak perlu bimbang kerana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat oleh pegawai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertauliah mengenai biasiswa yang anda layak mohon.
Bagi Program Subsidi Bayaran pula, ada boleh dapatkan khidmat nasihat dari Hai Qing Programmes. PERCUMA je!
NO 3 Khidmat Nasihat Pilihan Kerjaya

Percaya atau tidak, ramai pelajar lepasan SPM masih tidak tahu bidang atau kerjaya yang mereka ingin ceburi. Anda tidak perlu bimbang kerana Enrich Counselling & Therapy Centre akan membantu memilih kerjaya dan pengajian yang anda minati selain menawarkan khidmat ‘Career Guidance Test (Kudos)’ pada harga DISKAUN!
Malah anda berpeluang menjalani Ujian Kerjaya secara PERCUMA bagi mengenalpasti keperibadian dan membantu membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian.
NO 4 Ceramah Kerjaya

Masih belum yakin dengan kursus dan institusi yang anda nak pilih? Jom sertai ceramah kerjaya yang bakal menjawab setiap persoalan di minda anda.

Pakar industri berpengalaman akan memberikan pandangan yang jelas terhadap bidang dan kerjaya yang anda ingin ceburi, di samping mempersiapkan diri anda agar berani dan lebih yakin menempuh kehidupan di alam pengajian dan pekerjaan sebenar.

Tempat duduk bagi ceramah kerjaya ini adalah TERHAD, jadi siapa cepat, dia dapat! Jangan datang lambat ye!
NO 5 'Freebies' Percuma
Kalau anda datang ke ekspo ini dengan tangan kosong, apabila pulang konfem tangan penuh! Ini kerana anda berpeluang mendapatkan majalah ‘coursesmalaysia’ tajaan GTI Media Sdn Bhd, ‘2020 FSI Complete Guide of Further Study’ tajaan Further Study Intelligence – FSI Center Sdn Bhd dan ‘easyuni.my’ tajaan EasyUni Sdn Bhd secara PERCUMA! Terhad 500 naskah sahaja setiap hari! *Tertakluk kepada terma & syarat
NO 6 Putar & Menang

Jangan lepaskan peluang menyertai 'Fun Quiz Spin & Win Contest' yang ditaja oleh Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)!
Anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti RM10,000 & RM3,000 baucar rebat kursus, notebook, telefon pintar, mesin pencetak, powerbank, baucar makanan Sakae Sushi, baucar diskaun Larrie & kosmetik MLBB dan banyak lagi. *Tertakluk kepada terma & syarat.

MARK kalendar anda sekarang dan ajak rakan serta ahli keluarga berkunjung ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2019 dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Masuk PERCUMA taw!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03–61561500 atau layari Sureworks. Jumpa anda di sana!
 |
7 & 8 Disember 2019 (Sabtu & Ahad) |
 |
11am - 7pm |
 |
Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur |