Sebut saja DIABETES, apa penyebab utama yang terlintas di fikiran anda? Mesti anda fikir ianya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan, tabiat makan makanan manis dan penyakit ini sudah tidak boleh dikawal!
Maka wujudlah bermacam-macam mitos yang dikaitkan dengan penyakit ini sehingga mengelirukan penghidap diabetes. Hakikatnya, penyakit diabetes masih boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman.

Memetik laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 1 daripada 5 orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas di Malaysia menghidap diabetes iaitu kira-kira 3.9 juta orang dewasa! Amat membimbangkan!
Statistik ini menunjukkan Malaysia antara negara yang menunjukkan angka tertinggi di dunia dan Asia mempunyai pesakit diabetes. Lebih membimbangkan, dijangka tujuh juta rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025.
Gaya hidup rakyat Malaysia yang kaya dengan makanan menyebabkan kita tidak menyedari penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
Berikut 6 mitos dan fakta yang anda perlu tahu untuk mendidik diri dan keluarga mengenai penyakit diabetes!
NO 1 Mitos : Tidak boleh makan gula

Fakta – Betul ke penghidap diabetes tidak boleh mengambil gula, langsung? Jangan keliru dengan fakta ini yang sebenarnya boleh memudaratkan diri anda. Kekurangan gula dalam badan boleh menyebabkan anda tidak bermaya dan boleh pengsan!
Jadi anda masih boleh mengambil gula tetapi hanya 5% dari jumlah tenaga yang diperlukan setiap hari. Jika kalori makanan anda 2000 maka anda hanya boleh mengambil gula sebanyak 26 gram sahaja.
NO 2 Mitos : Tidak boleh berpuasa

Fakta – Hello, cannot fasting! Tidak benar sama sekali ye kawan-kawan! Penghidap diabetes masih boleh berpuasa selagi gula dalam darah terkawal dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui risiko anda sebelum anda berpuasa ya.
NO 3 Mitos : Diabetes tidak bahaya

Fakta – “Alaaa, penyakit diabetes ni tak bahaya pun lah!”. Jangan ambil mudah mengenai penyakit ini kerana jika tidak dikawal dengan baik ia boleh menyebabkan anda mengalami penyakit serius seperti buah pinggang tidak berfungsi atau strok.
NO 4 Mitos : Hanya obesiti berisiko

Fakta – Jangan ingat anda kurus dan memiliki berat badan ideal, tidak berisiko untuk menghidap diabetes. Pentingnya jaga pemakanan ye, jangan ingat kurus anda bebas dari penyakit! Diabetes tidak mengenal usia dan berat badan!
NO 5 Mitos : Tidak boleh makan nasi

Fakta – Penghidap diabetes jangan takut makan nasi! Cara pemakanan yang sihat akan membantu anda mengawal kandungan gula darah (glukosa) dalam badan, berat badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kandungan lemak darah yang tinggi.
Anda hanya perlu tahu pilih jenis beras yang tiada atau kurang kanji dan beri perhatian kepada jenis serta kuantiti makanan berkarbohidrat yang anda makan.
NO 6 Amalkan Glucerna®
Anda ada masalah untuk mengawal tahap glukosa? Jangan bimbang, GLUCERNA® kan ada! Ayuh kawal tahap glukosa anda hanya dalam 4 minggu dengan Glucerna®^.

Glucerna® adalah peneraju pasaran #1 dalam kategori pemakanan diabetes dan ia adalah formula khusus diabetes yang paling disyorkan oleh pakar kesihatan di Malaysia. Tahukah anda Glucerna® diformulasikan secara ilmiah untuk menyokong pengurusan diabetes kerana ia membantu menguruskan kadar gula dalam darah dan menyediakan nutrisi lengkap bagi penghidap diabetes.

Glucerna® telah memperkenalkan pembungkusan baharu dengan formulasi yang dipertingkatkan pada Julai 2020. Selain itu, rasa gandum dalam Glucerna® telah ditambahkan untuk pengembangan varian bagi membolehkan penghidap diabetes juga menikmati rasa yang hebat.
Tapi apa kelebihan Glucerna® versi baharu ni? Ini yang nak beritahu anda! Glucerna terbaharu oleh Abbot Nutrition dirumus khas untuk penghidap diabetes bagi mendapatkan kebaikan nutrisi makanan dan menyokong pengurusan diabetes yang berkesan. Glucerna® boleh dijadikan pengganti makanan, memberikan nutrisi lengkap sambil membantu menguruskan pengambilan kalori, justerunya membantu mengurangkan berat badan.

Campuran unik Glucerna® juga direka secara saintifik untuk mempromosikan rembesan Insulin melalui sistem karbohidrat unik pelepasan perlahan dan mempunyai Myo-inositol 4x lebih tinggi* yang merupakan sensitiser insulin kuat serta membantu meningkatkan kepekaan insulin untuk mengawal glukosa.
Pendek kata, amalan pelan makanan sihat dan aktiviti fizikal tidak lengkap tanpa pengambilan Glucerna® setiap hari. Ini kerana Glucerna® membantu penjagaan diabetes semudah 123! Hanya SATU gelas sehari, Glucerna® menggunakan formula ‘dual-action’ membantu mengawal glukosa dalam darah (sistem karbohirat unik & 4x lebih tinggi Myo inositol*), menyokong pengurusan berat badan dan mengurangkan kolestrol.

Ada tiga perisa iaitu vanilla, coklat dan terbaharu adalah gandum yang dilancarkan pada Ogos 2020! Semua perisa SEDAPPP taw!
Jadi sekarang anda tidak perlu risau kerana GLUCERNA® akan membantu mengawal tahap glukosa anda apabila digunakan sebagai sebahagian daripada pengurusan diabetes (termasuk ubat-ubatan, diet dan senaman yang ditetapkan)!

Dapatkan Glucerna® di farmasi berdekatan anda sekarang atau di kedai rasmi seperti Lazada dan Shopee. Layari laman web rasmi Abbott Nutrition Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Glucerna®.
^Glucerna terbukti dapat mengurangkan turun naik glukosa, apabila menjadi pengganti sarapan sebagai sebahagian daripada gaya hidup (Peng et al., 2019).
*Berbanding dengan Glucerna versi sebelumnya.