Duduk ‘berkurung’ di rumah lebih selamat dan terhindar dari pengudaraan yang kotor seperti asap kenderaan atau pembakaran secara terbuka?
Sebenarnya kalau korang nak tahu kualiti udara di dalam rumah lebih kotor berbanding di luar taw! Udara di rumah kita tidak lah sebersih yang disangka dan boleh menyebabkan kita mudah mengalami penyakit seperti alahan, keracunan karbon monoksida, demam atau asma.

Tapi korang tahu tak bahawa udara di dalam rumah kita boleh ditapis menjadikan udara lebih bersih dan seisi keluarga terhindar dari penyakit? Haaa…Penapis udara adalah salah satu alat yang berkesan untuk meminimumkan pencemaran udara di dalam rumah kita!
Berikut 5 sebab kenapa korang wajib ada 1 penapis udara di rumah. Thank me later!
1 | Mencegah Alahan

Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai alahan terhadap udara yang menyebabkan hidung berair, selalu bersin dan batuk. Lebih-lagi jika kita menghadapi penyakit asma atau ada bela kucing di rumah dan bulunya berterbangan. Dengan adanya penapis udara, anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia akan membantu menapis segala debu dan kotoran untuk persekitaran udara yang lebih bersih! Selamat tinggal alahan!
2 | Mengurangkan Penyebaran Virus

Sejak negara dilanda pandemik virus Covid-19, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan menjadi perkara yang wajib setiap kali kita keluar rumah. Ini kerana molekul virus Covid-19 boleh berterbangan di udara dan menjangkiti orang lain.
Lain pula situasi di rumah, kita tidak memakai pelitup muka dan berkongsi udara bersama ahli keluarga di dalam ruangan bertutup yang sama.
Begitu juga apabila kita bekerja di pejabat, suasana yang sibuk dan kakitangan yang ramai membuatkan kita berasa tertekan.

Oleh sebab itu, penapis udara berfungsi untuk mendapatkan pengudaraan yang lebih segar dan mengurangkan tekanan di tempat kerja mahupun di rumah. Ini kerana penapis udara berupaya mengurangkan titisan molekul dan virus yang berterbangan di udara melalui tapisan HEPA.
3 | Waktu Tidur Lebih Berkualiti

Perasan atau tidak, bilik tidur mudah didatangi debu yang menjadi punca alahan sehingga mengganggu waktu tidur kita.
Terutamanya pada waktu pagi, kita mudah bersin dan batuk disebabkan debu tersebut. Dengan adanya penapis udara yang dilengkapi tapisan HEPA, kualiti udara sentiasa segar dan anda boleh tidur dengan nyaman. Bila bangun tidur baru lah lebih produktif dan bersemangat ke tempat kerja!
4 | Menghilangkan Bau Hapak

Bau hapak dan asap rokok antara bau yang mengganggu pernafasan kita. Tanpa kita sedar, bau ini memberi ketidakselesaan kepada sistem pernafasan dan bau asap rokok membahayakan paru-paru termasuk kepada individu sekeliling yang menghidunya.

Oleh sebab itu, penapis udara memainkan peranannya untuk menapis udara yang tidak sihat untuk memberi anda udara yang lebih nyaman sekaligus menyegarkan persekitaran anda tanpa masalah bau.
5 | Penapis Udara Comel & Mudah Dibawa Ke Mana Saja
Kebanyakan penapis udara di pasaran bersaiz besar dan tidak berapa sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Malah kebanyakan orang berfikir dua kali sama ada mahu mendapatkan penapis udara atau sebaliknya kerana perlu membayar yuran langganan secara bulanan.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada je penapis udara yang mudah dibawa ke mana-mana dengan harga berpatutan di pasaran. Antara jenama penapis udara yang menarik di pasaran adalah b-MOLA!

Kenapa penapis udara b-MOLA?
Rekaan yang menarik dengan saiz sederhana kecil memudahkan kita untuk membawanya ke mana-mana saja. Ini bermakna 24 jam kita boleh menghirup udara bersih dan segar! Yeah!
Penapis udara b-MOLA sangat sesuai untuk di bawa ke luar seperti restoran atau kafe dan mudah dibawa dengan tali yang boleh disangkut pada bahu atau leher.

Malah reka bentuk dan warnanya yang ‘trendy’ amat sesuai untuk dipadankan dengan hiasan dalam rumah anda. Lebih menarik, penapis udara b-MOLA boleh dicas semula dan mudah alih, jadi korang boleh letak dalam kereta, bawa pergi ke pejabat, gimnasium, makan malam atau membeli-belah juga!

Bukan itu saja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk B.Duck edisi terhad dan warna menarik seperti biru muda, kuning air, merah jambu khas untuk kanak-kanak. Comel kan kalau anak-anak korang bawa pergi nurseri atau tabika!

Apa Keunikan Penapis Udara b-MOLA?
Korang mesti tertanya-tanya, apa beza penapis udara b-MOLA dan penapis-penapis udara yang berada di pasaran kan. Penapis udara b-MOLA sudah tentu ada keunikannya yang tersendiri dan pastinya memberi keyakinan kepada anda untuk mendapatkannya satu!
- Pembersih udara b-MOLA mendapat kelulusan FDA dan jenis mudah alih
- Teknologi Penapisan NCCO unik-Penjerapan dan Teknologi Penguraian (teknologi Pengoksidaan Katalitik Terkurung Nano (NCCO) Dibangunkan dan dipatenkan oleh b-MOLA)
- Berupaya menghilangkan 99.9% Koronavirus Manusia
- Berupaya menghilangkan 99.9% virus H3N2 dan selesema H3N2
- Memintas PM2.5 dan Debu
- Mengurai VOC (Kompaun Organik Meruap)
- Setiap kali dicas, pembersih udara b-MOLA boleh digunakan sehingga 8 jam
- Pertukaran udara dalaman kitaran tunggal (1 jam): Pejabat: 5 kali, Kereta: 1.9 kali
- Dilengkapi teknologi Nano Confined Catalytic Oxidation (NCCO) dan mesra alam

Maka tidak hairanlah penapis udara mudah alih b-MOLA NCCO 1804 pernah habis terjual serta-merta di platform Shopee dan Lazada pada Julai lalu. Semestinya produk yang berkualiti akan mendapat tempat di hati pengguna.
Macam mana nak dapatkan penapis udara mudah alih b-MOLA yang cantik dan comel ni?

Sempena jualan mega 11.11 nanti, b-MOLA akan menawarkan penapis udara NCCO 1804 (RRP RM690) pada harga RM509.90 sahaja seunit di Shopee & Lazada! Wahh bestnya, JIMAT RM180.10!

Selain penapis udara mudah alih, b-MOLA juga menawarkan BM50 (RRP RM3,701) untuk kegunaan di rumah korang dengan harga promosi RM2,767.90 sahaja! JIMAT sebanyak RM 1,508.10 dan dapat PERCUMA 1 UNIT NCCO 1804 lagi! JIMAT KAW KAW! Tak sabarnya nak grab pada jualan 11.11 nanti!

Jangan tunggu lagi, masukkan b-MOLA NCCO 1804 & BM50 dalam troli Shopee & Lazada korang sekarang! Dapatkannya dari pautan di bawah ini. Jangan lupa mark kalendar dan set penggera korang pada 11.11 ye! Udara bersih, kita pun gembira setiap masa! Selamat membeli-belah!

Pautan ke stor online b-MOLA:
Lazada b-MOLA
Shopee b-MOLA
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook atau Instagram b-MOLA.