Eskpresi Hidupan Liar & Alam Semesta Pada Papan Kayu
By Hana Japre | 13, Feb 2018
SHARES
Pelukis dari Eropah, Anna sangat berbakat menghasilkan barang perhiasan yang unik berasaskan papan kayu.
Pengalamannya bekerja di kawasan hutan mencetuskan idea untuk menghasilkan barang perhiasan yang bersifat alam semesta, hutan dan hidupan liar.
Kebanyakan karyanya menceritakan kenangan zaman kanak-kanak dan cerita dongeng.
Setiap satu karya boleh disiapkan dalam masa kurang 3 jam dan kebanyakan pelanggannya gemar menempah karyanya untuk dijadikan perhiasan bilik tidur atau dihadiahkan kepada rakan.
Selain bergelar pelukis, Anna juga pembuat barang kemas dan memiliki sarjana perhutanan. Bukan saja kreatif, malah bijak dan cantik!