Ini Bukan Mikrofon Biasa! Nak Tahu Kebolehan Mikrofon Ini? Klik & Baca!
By Hana Japre | 20, Feb 2018
SHARES
Jika lihat persekitaran anda, mesti banyak barang yang boleh digunakan untuk dijadikan produk DIY.
Salah satunya adalah mikrofon yang anda hanya tahu buang jika sudah tidak boleh digunakan lagi.
Sebenarnya, mikrofon lama boleh dijadikan lampu hiasan siling, meja belajar atau bilik tidur bergantung kepada kreativiti anda.
Idea kreatif ini tercetus daripada seorang artis dari England, Leen Wouters yang berjaya menghasilkan lampu chandelier hanya menggunakan mikrofon yang rosak.
Hanya sekadar suka-suka, kini Leen Wouters mempunyai kedai konsep sendiri yang dikenali dengan nama Microphone Mania.
Leen Wouters gembira melihat hasil seninya bergantungan di bar, kedai dan rumah pelanggannya.
Oleh itu, Leen Wouters semakin bersemangat mencari idea baru dalam menghasilkan lampu hiasan berasaskan mikrofon yang menarik!