Sayangnya Nak Minum! Buih Wajah Sendiri Atas Kopi Jadi Daya Tarikan Pelanggan
By Faten | 06, Mar 2018
SHARES
Bagi penggemar Kopi (Coffee), pasti tidak akan tahan dengan bau harum kopi apatah lagi melihat gambarnya.Hasil seni boleh ditonjolkan melalui pelbagai medium termasuk kertas, kain, kasut dan dinding.
Namun, dengan kewujudan teknologi moden, kita berupaya melihat kreativiti berkenaan bukan sahaja di atas sehelai kertas, malah yang terbaru di atas secawan kopi.
Jika sebelum ini kita biasa melihat corak atau motif seperti bunga, haiwan dan karakter kartun, kini anda boleh mendapatkan hasil yang lebih unik iaitu cetakan wajah anda sendiri di atas buih minuman kopi yang dipesan.
Cetusan idea The Tea Terrace yang terletak di House of Fraser, London Oxford Street ini sekali gus menjadikannya sebagai kafe pertama di Eropah yang menawarkan konsep Selfieccino.
Jika merujuk pada kopi yang mempunyai hiasan pada buih memang sudah banyak tapi kreativti kafe ini memang cukup unik. Hidangan kopi ini dilihat berjaya meletakkan seni barista ke satu tahap baru dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk menghirup kopi yang tertera wajah mereka sendiri.
Pelanggan yang berminat hanya perlu menghantar gambar selfie mahupun wajah mereka menerusi aplikasi kafe kepada barista seterusnya memilih minuman kegemaran sama ada coklat panas atau cappuccino.
Gambar anda kemudiannya akan dihantar ke mesin yang dipanggil Cino sebelum minuman anda disediakan. Bagi yang tertanya-tanya, cetakan pada buih berkenaan hanya menggunakan pewarna tanpa rasa.
Jadi tidak perlu risau sekiranya cetakan wajah terbabit akan menjejaskan rasa minuman anda!