Seorang Wanita Dikecam Netizen Seluruh Dunia Kerana Memilih Kek Zombi Untuk Penggambaran Hari Lahir Anaknya!
By Hana Japre | 13, Mar 2018
SHARES
Seorang wanita dari Australia teruk dikecam netizen di seluruh dunia gara-gara memilih kek zombi untuk penggambaran hari lahir anak lelakinya, Phoenix.
Wanita yang dikenali dengan nama Amy Louise menyambut ulang tahun kelahiran Phonenix yang pertama dan mengabadikan kenangan itu dengan memilih tema zombi untuk tema penggambaran.
Kemudian, Amy Louise memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Facebook miliknya sebelum menerima kecaman daripada netizen yang menganggap ia jijik dan mengerikan!
Menerusi gambar yang dikongsi di laman sosial, Phoenix kelihatan comot dengan darah sambil memakan kek yang menyerupai otak.
Tidak tahan diserang bertalu-talu, Amy Louise tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik pemilihan kek zombi berkenaan.
Menurut Amy Louise, dia memilih kek berkenaan kerana Phoenix adalah bayi ajaib yang dilahirkan tanpa denyutan jantung.
Bagaimana pun, selepas 13 minit keajaiban berlaku dan Phoenix hidup semula pada 31 Oktober bersamaan sambutan Halloween.
Baginya, tiada yang lebih baik dari memilih kek bertemakan zombie untuk memperingati keajaiban seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan sudah mati dan kemudian hidup semula pada Halloween.