'Dessert' atau pemanis mulut merupakan hidangan yang perlu dihidangkan atau disediakan selepas pelanggan menikmati hidangan berat.
Kini kafe-kafe 'hipster' banyak menyediakan hidangan pemanis mulut yang sangat sedap dan sudah pasti anda semua tidak sampai hati untuk makan kerana ianya sangat comel dan unik.
Jom kita tengok 10 'Dessert' yang kreatif dan unik sampai korang tak sampai hati nak makan.
1. Unicorn Berry @ Haraju-Cube
Sebuah kafe yang terletak di Empire Damansara menginspirasikan satu rekaan hidangan pemanis mulut Shibuya Toast yang sungguh comel iaitu Unicorn Berry.
Hidangan ini dibuat menggunakan ais krim mixed berries beserta marshmallow dan krim putar yang disusun rapi diatas charcoal toast.
Gula-gula kapas yang bewarna pink pula memberikan impak yang sungguh comel seakan-akan awan yang mengiringi Unicorn Berry tersebut.
2. Rainbow Bagels @ Bowery Petit
Satu lagi hidangan pemanis mulut yang menarik perhatian ramai adalah Rainbow Bagels.
Kafe yang berinspirasikan New York ini bijak mencuri minat pengunjungnya apabila menghasilkan doh Rainbow Bagels yang sangat lembut dan bewarna warni.
Ianya kelihatan seperti 'lollipop rainbow' yang sangat menyelerakan.
3. Eggu Eggettes @ Softserve Ice Cream
Eggu Eggettes ialah aiskrim yang dimakan bersama wafel telur. Bagi yang kurang meminati sajian makanan yang berunsurkan telur, anda tidak perlu risau kerana wafel ini tidak berbau telur.
Eggettes ini boleh dimakan begitu sahaja tetapi jika anda gemarkan sesuatu kelainan, anda harus cuba makan eggettes dengan aiskrim pelbagai perisan mengikut cita rasa anda.
4. Honey Creme @ Gurney Plaza
Pemanis mulut yang berasal dari Taiwan ini sudah mula mendapat sambutan dan kini sudah mempunyai pelanggan yang tersendiri.
Menyediakan ais krim dalam pelbagai perisa dan dihiasi dengan topping yang cukup menarik membuatkan ia kelihatan sungguh ekslusif.
Rata-rata pelanggan menggemari Honey Creme Popcorn kerana anda bukan sahaja dapat menikmati aiskrim yang sunggu lazat tapi dapat makan popcorn karamel yang sungguh enak!
5. Salted Egg Yolk Macarons @ Tiny Temptress Artisan Patisserie
Tiny Temptress yang terletak di Bangsar adalah salah satu kafe pemanis mulut yang terlalu comel melalui hidangan Salted Egg Yolk Macarons.
Mesti anda semua tak pernah terpikir untuk makan macarons yang diperbuat daripada kuning telur asin.
Ianya digemari ramai kerana teksturnya halus dan rasanya tiada tandingan.
6. Baked Alaska @ FIQS Gastronomy
Manisan comel yang menyerupai igloo ini dibuat menggunakan ais krim mangga yang disaluti meringue bakar.
Gabungan perisa dan teksturnya yang unik menjadikan Baked Alaska ini antara pemanis mulut paling kreatif di Lembah Klang.
7. Hanbing Korean Dessert Cafe @ Bangsar
Salah satu hidangan pemanis mulut yang datang dari Korea menarik perhatian pencinta manisan.
Kafe ini menyediakan semangkuk ais kisar dengan dipenuhi topping yang datang dalam pelbagai perisa. Yang paling menarik perhatian ialah Musang King Bingsu dan Green Tea Bingsu.
Makan seorang memang tak habis punya la!
8. Ice Cream Sandwich @ CookieNation
Ice Cream Sandwich merupakan gabungan menarik antara ais krim dan soft-baked cookies.
Antara pilihan perisa yang anda boleh pilih ialah red velvet, Snickers, Nutella, M&M's dan teh hijau.
Topping seperti cip coklat dan rainbow sprinkles pula menjadi pelengkap kepada snek epik ini!
9. Churros Donut Stack @ Botanica + Co
Peminat churros pasti terpesona dengan ciptaan unik ini.
Churros ini lain dari yang lain sebab bentuknya menyerupai donat dan disaluti dengan pusaran meringue yang bersos coklat dan karamel.
Apabila masuk sahaja kedalam mulut, churros ini akan cair bersama-sama dengan meringue dan sos coklat dan karamel tadi.
10. Sweet Potato Kakigori @ KAKIGORI
Pernah tak terfikir untuk makan ais kisar ubi keledek? Di Kakigori anda akan dihidangkan dengan ais kisar yang popular di negara Jepun.
Kafe ini menyediakan ais kisar dengan perisa-perisa yang luar biasa.
Antaranya termasuklah Sweet Potato Kakigori, di mana ais kisar berperisa ubi keledek Jepun dihidangkan tinggi menggunung, disertai pula dengan puding karamel sebagai topping. Memang awesome!