Jambatan kebiasaannya dibina untuk memudahkan manusia menuju ke suatu lokasi merentangi sungai, jalan dan lain-lain tanpa memerlukan jarak perjalanan yang lebih jauh dan panjang.
Kini, seiring dengan perkembangan teknologi dan permodenan zaman, fungsi jambatan juga sudah berubah.

Para arkitek berlumba-lumba untuk menghasilkan reka bentuk dan fungsi jambatan yang unik dan kreatif.
Jambatan kini sudah menjadi salah satu daya tarikan pelancong jika sesebuah negara itu mempunyai seni bina jambatan lain dari yang lain.
Team Oh Hangat kongsikan 5 jambatan yang aneh dan kreatif di dunia yang akan membuatkan korang cuak!
1. Mur Island Bridge, Austria

Jambatan biasanya digunakan semata-mata untuk menyeberangi jalan, tapi lain pula ceritanya bagi jambatan Mur Island Bridge ni.
Jambatan ini dibina membahagi Sungai Mur di Austria.
Ditengah-tengah jambatan ini boleh menemui satu lokasi istinewa untuk berjemur, minum kopi, menonton teater terbuka dan kawasan permainan khusus untuk kanak-kanak.

Jambatan unik ini dibina oleh arketik dari New York, Vito Acconci ini berjaya menjadi tarikan pelancong yang datang ke pulau Aiola di Autria.
2. Magdeburg Water Bridge, Jerman

Jambatan ini khusus untuk bot dan pengangkutan air. Magdeburg Water Bridge adalah jambatan yang dibna untuk memudahkan kapal yang ingin menyeberang ke sungai Elbe.

Dengan pembinaan jambatan ini, jarak perjalanan kapal menjadi lebih pendek berbanding 12 kilometer dahulunya.
Jambatan ini siap dibina pada tahun 2003 dengan kos mencecah 501000000 juta Euro.
3. Rolling Bridge, England

Mesti korang semua tak tahu kan yang terdapat sebuat jambatan di England yang boleh digulung seperti permaidani.
Jambatan unik ini yang direka oleh arkitek British, Thomas Heatherwick ini mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2004.

Jambatan gulung ini dibina merentasi Grand Union Canal, Paddington Basin di London.
4. Moses Bridge, Belanda

Diinspirasikan daripada kisah Nabi Musa yang mampu membelah lautan, kerajaan Belanda telah mencipta jambatan yang sungguh unik ini.

Biasanya jambatan berada di atas sungai, namun jambatan yang terletak di Halsteren ini berada selari dengan permukaan sungai.
Anda pasti akan teruja melintasi jambatan yang membelah sungai ini.
5. Zhangjiajie Glass Bridge, China

Anda boleh menguji keberanian dengan berjalan di atas jambatan kaca yang menghubungkan dua tebing ini.
Lantainya diperbuat menggunakan kaca dan membolehkan anda melihat pemandangan menerusi lantai jambatan tersebut.

Bagi anda yang mempunyai perasaan gayat, mungkin anda tidak mampu untuk berdiri diatas permukaan kaca tersebut.