Meriahkan Sambutan Hari Raya Tahun Ini Dengan Kad Ucapan Raya Hologram 3 Dimensi! Memang Cool!
By Faten | 22, May 2018
SHARES
Kad ucapan Hari Raya sangat sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, kewujudan teknologi yang canggih sudah menggantikan tradisi pemberian kad Hari Raya menerusi aplikasi Whatsapp, Wechat, Facebook dan lain-lain.
Bagi mengimbau kembali zaman pemberian kad ucapan Hari Raya, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan kad ucapan Raya Hologram 3 Dimensi (3D sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Inovasi teknologi Augmented Reality (AR) yang diperkenalkan tahun lalu mendapat sambutan luar biasa menyebabkan Pos Malaysia mengeluarkan kad raya yang sama dengan ciri tambahan ekslusif.
Kad ucapan Raya Hologram 3D didatangkan dalam dua corak dan video yang berbeza serta dijual pada harga RM12.
Setiap pek mengandungi empat kad AR, satu kad ucapan Hari Raya, sampul, setem 50 sen, projektor plastik hologram dan poskad filem 'Pulang' edisi terhad.
Anda perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar untuk melihat video hologram 3D.
Kad keluaran baharu itu boleh didapati di 400 pejabat pos terpilih atau di laman sesawang www.eziemall.com.