Instagram Akhirnya Lancar Fungsi 'Mute' Yang Ditunggu-Tunggu Netizen Selama Ini!
By Faten | 24, May 2018
SHARES
Instagram bukan lagi satu aplikasi yang asing bagi pengguna media sosial. Malah, Instagram merupakan laman media sosial yang paling banyak dimuat turun!
Maklumlah semua nak kongsi gambar kenangan bersama-sama kan!
Baru-baru ini, Instagram telah melancarkan fungsi yang paling ditunggu-tunggu oleh netizen iaitu butang ‘mute’.
Anda kini boleh ‘mute’ individu yang anda follow jika anda rasa gambar atau caption mereka agak menjengkelkan di ‘timeline’ anda.
Sama seperti di Facebook, Instagram Mute akan menghalang gambar daripada individu terpilih tanpa anda ‘unfollow’ pengguna terbabit.
Sesetengah pengguna merasakan tindakan ‘unfollow’ individu terbabit agak keterlaluan dan dengan adanya butang ‘mute’ anda tidak perlu risau lagi.
Anda semua juga tidak perlu bimbang kerana individu yang anda ‘mute’ itu tidak akan menyedari tindakan anda itu.
Sebaliknya, anda masih boleh melihat profil dan mendapat notifikasi daripada komen pengguna berkenaan.
Apa anda perlu lakukan adalah terus pergi ke profil individu terbabit dan cari tiga dot dan klik ‘mute’.
Kemas kini menampilkan fungsi terbabit masih dilakukan secara berperingkat. Oleh itu sentiasalah ‘alert’ dengan notifikasi update Instagram anda.