Menjelang hari-hari terakhir puasa, semua dah tak sabar nak menyambut Hari Raya. Pelbagai cara untuk kita menunjukkan rasa teruja nak sambut hari raya.
Di malam 10 terakhir Ramadan ni, kebanyakan rumah akan mula memasang pelita, hias rumah dengan lampu warna-warni bagi memeriahkan dan menyambut kehadiran Syawal.
Kanak-kanak merupakan orang yang paling seronok sekali sebab mereka dapat bermain bunga api dan mercun.
Tapi kalau dilihat sekarang ni, kebanyakan jenis mercun sudah semakin kurang dijual di pasaran.
Tak salahkan juga para peniaga kenapa mereka bertindak tidak menjual mercun kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah keluarkan notis larangan penjualan bahan api.
Namun, kalau korang dilahirkan pada tahun 90-an, sudah pasti korang pernah main mercun-mercun legend ni.
Yang pasti, budak-budak sekararang tak pernah nampak atau tahu mengenai jenis-jenis mercun ni.
Kami di Oh Hangat nak share dengan korang 15 jenis mercun legend yang menggamit memori zaman kanak-kanak.
1. Meriam Buluh
Mercun ini memang sangat legend dan hanya boleh didapati di kawasan kampung je disebabkan mercun ni paling bahaya yang pernah dihasilkan.
Hanya menggunakan buluh sebagai ‘rumah’, mercun ini juga menggunakan elemen kabait, air liru dan api sebagai bahan pembakar.
Bunyinya memang kuat dan puas hati lah bile bergegas satu kampung!
2. Mercun Ayam
Namanya saja dah cukup memberi gambaran bahaya mercun ni memang sebiji seperti ayam.
Mercun ayam ni terdapat beberapa jenis. Ada yang mengeluarkan bunyi bising dan kemudian bergerak ke hadapan.
Ada juga yang mengeluarkan bunyi letupan beberapa kali dan jangan tak tahu yang mercun ini juga mengeluarkan telur pada bahagian belakang.
3. Mercun Tarik
Mercun ni agak menarik dan sangat popular pada masa dahulu kerana kanak-kanak gemar bermain mercun ini.
Cara bermain mercun ini mudah saja dengan hanya pegang pada tali kiri dan kanak dan kemudian tarik sampai meletup.
Tapi mencabar jaga bila kita terpaksa pegang mercun yang bakal meletup tak kira masa ni!
4. Mercun Ular
Secara jujur, admin sendiri pun tak berkesempatan nak tengok dan main mercun ular ni. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan admin, mercun ni paling ‘rare’!
Mercun ni tak bahaya dan tak berbisa pun macam ular. Ianya tidak akan meletup tapi hanya akan meninggi dan memanjang seperti ular apabila dibakar.
5. Mercun Katak
Lompat Si Katak Lompat! Kenapa mercun ini dinamakan mercun katak? Sebenarnya mercun ini berwarna hijau dan apabila dibakar ianya seakan-akan melompat.
Mercun ini akan meletup beberapa kali dan bunyi letupan tidak terlalu kuat.
6. Mercun Papan
Mercun papan ni berbentuk seperti sepapan kayu. Kita hanya perlu nyalakan sumbu sekali sahaja dan mercunnya akan meletup secara berturut-turut, bergantung kepada panjang mercun tersebut.
Nak bagi lagi sedap bunyinya, lepas bakar sumbu, letak dalam bekas tin. Pasti awesome bunyi letupannya.
7. Mercun Lebah
Admin paling gerun mercun lebah ni sebab mercun ni apabila dibakar akan terbang dan seolah-olah menuju kearah kita.
Apa lagi, dah pasti admin akan lari sekuat hati sebab tak nak kena ‘sengat’ dengan mercun lebah ni.
8. Mercun Bola
Mercun bola dan sudah pasti ianya berbentuk seperti bola. Mercun ini mampu menghasilkan bunyi letupan yang kuat dan membingitkan telinga.
Kalau siapa yang melatah, pasti akan terkejut dan marah jika ada diantara sanak saudara yang main mercun ni.
Selain digunakan untuk berhibur, mercun ini juga digunakan oleh pemburu untuk menghalau binatang buas di hutan semasa berburu.
9. Mercun Mancis
Mercun ini dijual dalam kotak yang sama seperti kotak mancis. Ada lebih kurang dalam 12 batang.
Cara untuk menyalakan mercun ini dengan gesekkan mercun di tepi kotak, tunggu berasap, dan lemparkan mercun ke mana-mana saja yang anda suka.
Nak tunjuk gagah sikit, pegang mercun tu buat beberapa seketika dan baling ke udara. Baru bergaya pabila ia meletup di udara.
10. Mercun Pop
Mercun yang paling tak berbahaya. Berbentuk seperti buah terung bulat tetapi dengan saiz yang lebih kecil.
Dibalut dengan kertas berwarna putih. Mercun ini akan meletup apabila dibaling ke lantai.
Selain itu, bagi yang berani boleh juga dijentik untuk menghasilkan letupan. Mercun ini sangat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak.