Tidak sampai sebulan melancarkan telefon pintar Honor 10, Honor Malaysia memperkenalkan model terbaru, Honor 7A yang sangat praktikal untuk anda!
Bagi anda yang mencari telefon pintar bajet, Honor 7A memang pilihan tepat kerana ia direka dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang dan kamera hadapan 8 megapiksel untuk rakaman swafoto yang berkualiti.

Memang seronok melihat rakaman swafoto yang berkualiti diabadikan di media sosial dan dikongsi bersama insan tersayang.
Didatangkan dalam warna hitam dan emas, Honor 7A lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang melancarkan pelbagai fungsi selain dilengkapi bateri 3,000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari.

Lebih menarik, Honor 7A direka dengan teknologi pengimbas wajah dan cap jari selain dimuatkan dengan pembesar suara yang kuat.
Ini bermakna anda boleh mendengar muzik tanpa had dengan bunyi kuat melayan alunan lagu kegemaran anda!

Telefon pintar mampu milik ini juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD yang efisien terutamanya bagi anda yang mempunyai perniagaan sendiri.
Direka dalam dua spesifikasi, anda boleh mendapatkan Honor 7A versi 2GB+16GB pada harga RM479 dan 3GB+32GB pada harga RM569.

Tetapi kami ada berita gembira untuk anda, spesifikasi versi 2GB+16GB akan dijual pada harga RM429 sahaja mulai esok, 8 Jun 2018 tepat jam 9 pagi dalam jualan Super Honor Day!
Selain model Honor 7A, anda juga berpeluang mendapatkan Honor 10 Phantom Green secara ekslusif pada harga RM1,599 dalam jualan Super Honor Day di platform HiHonor dan Shopee!

Lagi best, setiap pembelian anda akan diberi hadiah percuma bernilai RM298 tetapi stok terhad! Siapa cepat dia dapat!
Layari laman web https://shopee.com.my/honormy.officialstore untuk menikmati keistimewaan pada Super Honor Day atau www.hihonor.com.my dan https://shopee.com.my.
Spesifikasi Honor 7A :
- Warna : Hitam/Emas
- Paparan : 5.7 inci FullView HD
- Ratio skrin : 18:9 widescreen
- Resolusi : 1440x 720 with 16 M warna, 283 PPI
- Software : EMUI 8.0
- Pemroses : Qualcomm MSM8937, Octa-Core processor
- 2GB RAM and 16GB storan (expandable up to 256GB) / 3GB RAM and 32GB storage (expandable up to 256GB)
- Bateri 3000mAh
- Kamera hadapan (8MP) dan belakang (13MP)
- Flash kamera hadapan boleh diubah