Yahoo Messenger Bakal Ditamatkan Mulai Bulan Hadapan! Satu Lagi Nostalgia Tahun 90-an ‘Dihapuskan’!
By Hana Japre | 10, Jun 2018
SHARES
Bagi korang yang lahir tahun 80 dan 90-an, mesti tak boleh lupa Yahoo Messenger yang menjadi platform mencari jodoh atau menambah kenalan baru.
Selain Yahoo Messenger, platform yang turut popular pada waktu itu adalah Myspace dan Friendster sebelum ‘ditenggelamkan’ dengan kewujudan Facebook dan Twitter.
Setelah lebih satu dekad, Oath mengumumkan bakal menamatkan servis Yahoo Messenger pada 17 Julai akan datang.
Nampaknya satu lagi nostalgia kita bakal ‘dihapuskan’ dan pasti menyimpan banyak memori indah bersama rakan alam maya anda.
Namun begitu, anda masih berpeluang mengimbas kembali mesej-mesej lama di akaun Yahoo Messenger sebelum platform ini ditamatkan perkhidmatannya.
Boleh lah lepaskan tension baca mesej lama dengan ex crush atau boyfriend tak jadi korang, yelah cinta monyet kan!
Ciri Yahoo Messenger yang paling Team Oh Hangat sampai sekarang adalah ‘BUZZ’! Kalau rakan alam maya korang tak balas mesej mesti korang akan 'BUZZ' dorang kan! Rindunya zaman YM!
Apa lagi ciri yang korang ingat pasal Yahoo Messenger? Jom ramai-ramai ‘throwback’ dengan Team Oh Hangat!