53,592 Duit Syiling 1 Sen Penuhi Ruang Dinding Sebuah Hotel Di Ipoh Diiktiraf Malaysia Book of Records!
By Hana Japre | 20, Jun 2018
SHARES
Lazimnya pemilik hotel sentiasa mencari kelainan dari segi tema atau reka bentuk untuk menjadikan hotel mereka berbeza daripada hotel-hotel lain di seluruh negara.
Sebuah hotel di Ipoh, 1969 Business Suites telah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas melekatkan sebanyak 53,592 keping duit syiling 1 sen di dinding hotel berkenaan baru-baru ini.
Berdasarkan laporan The Star, duit syiling berjumlah RM535 itu menghasilkan perkataan ‘1969 Business Suites’.
Ketua Pegawai Eksekutif 1969 Business Suites, Datin Kelly Yang berkata hotel itu dianugerahi sijil pengiktirafan MBOR oleh Lee Pooi Leng sempena pelancaran hotel pada 13 Jun lalu.
Dinding yang berukuran 5.73m x 2.62m dilekatkan dengan duit syiling 1 sen hampir dua minggu.
Pihaknya menggunakan duit syiling 1 sen kerana syiling ini diperbuat daripada tembaga dan negara kita sudah menghentikan pengeluarannya.
Idea kreatif ini juga bertujuan mempamerkan legasi negara kepada generasi akan datang yang mungkin sudah tidak akan menjumpai syiling 1 sen ini lagi.
Memang cantik dan kreatif dinding hotel 1969 Business Suites! Kalau korang pergi menginap di sini, memang penuh lah Instagram korang bergambar dengan dinding bersejarah ni kan!