Terdapat pelbagai media sosial yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan semata-mata untuk menarik minat pengguna pada zaman sekarang.
Diantara Facebook, Twitter dan Snapchat, Instagram menjadi pilihan utama setiap pengguna kerana aplikasinya yang sangat menghiburkan.
Terdahulu, Instagram tampil dengan InstaStories yang mengehadkan video pendek berdurasi 15 saat untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Kini, Instagram sekali lagi muncul dengan aplikasi video dikenali sebagai IGTV.
Sudah pasti IGTV akan mendapat tempat dihati penggemar InstaStories kerana pegguna boleh melayan video selama satu jam.
Tidak mustahil satu hari nanti IGTV mungkin akan menjadi seperti YouTube.
Apa yang anda perlu lakukan, muat turun menerusi platform iOS atau Android dan kemudian log masuk menggunakan akaun IG sedia ada.
Selain mengikuti IG Stories daripada akaun yang anda follow, banyak lagi video popular yang bakal anda tonton!
Bayar Bil & Topup Kredit Banyak-Banyak Boleh Menang Proton Persona?! Fuhh Seriuslahh, Macam Mana?
Beli Produk Haier, Boleh Menang Hadiah Bernilai RM300,000! Ini Bukan Cobaan, Ada 75 Unit Hadiah Untuk Dibawa Pulang Bestie!
OhHangat.com.my