Bila ada cuti panjang je mesti ibu bapa dah mula fikir ke mana nak bawa keluarga bercuti kan?
Adakala tempat percutian yang sama diulang banyak kali sebab dah tak tahu nak pergi mana untuk bercuti.
Lepas ni, korang dah tak payah nak pening fikir tempat bercuti. Korang kini boleh berlayar dengan kapal mewah bertemakan filem Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation.
Sumber : talky! movie
Kerjasama antara Dream Cruises dan Sony Pictures Animation ini pasti memberi keterujaan dan keseronokan buat semua peminat filem animasi ini. Yang paling ‘happy’ mesti lah anak-anak korang!
Pelayaran mewah ini akan membawa korang ke destinasi seperti Malaysia, Jepun, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Thailand.
Sumber : talky! movie
Bukan itu saja, sambil berlayar korang juga boleh berhibur dengan aktiviti yang menarik yang akan berlangsung sepanjang pelayaran.
Sumber : talky! movie
Sumber : talky! movie
Sumber : talky! movie
Antaranya adalah Monster-in-Training, pencarian harta karun Monster Treasure Hunt, Dracula Zipline, Blobby Milkshake, Bedtime Stories, maraton filem, pesta kostum Monster serta berinteraksi dengan watak-watak filem tersebut.
Sumber : talky! movie
Bagi yang kurang tahu mengenai filem animasi ini, ianya berkisahkan percutian keluarga Monster di atas kapal pelayaran mewah.
Percutian mereka yang pada awalnya sangat seronok bertukar menjadi mimpi ngeri setelah Drac jatuh cinta dengan kapten kapal yang memegang rahsia misteri yang mengancam mereka.
Sumber : talky! movie
Tak sabar rasanya nak berlayar bersama-sama dengan tema Hotel Transylvania 3: A Monster Vacation ni kan!
Sumber gambar feature : talky! movie