Operasi Menyelamat 12 Pemain Bola Sepak Thailand Bakal Difilemkan & Gua Tham Luang Jadi Muzium!
By Faten | 13, Jul 2018
SHARES
Kisah 12 pemain bola sepak Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang sangat tragis dan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua pemain serta jurulatih sangat mencabar dan ada di antara pasukan penyelamat yang terkorban ketika operasi menyelamat dijalankan.
Pihak berkuasa Thailand tidak menolak kemungkinan akan menjadikan gua yang dinaiki banjir sehingga memerangkap 12 anggota pasukan bola sepak tempatan Thailand itu sebagai muzium.
Pendekatan itu bukan sahaja bertujuan menarik kunjungan pelancong tetapi juga sebagai penghormatan kepada pasukan SAR.
Ketua Operasi SAR, Narongsak Osottanakorn berkata lokasi itu akan diubah menjadi sebuah muzium mempamerkan pakaian dan peralatan digunakan ketika misi menyelamat yang penuh dramatik itu.
Lebih menarik lagi, sebuah syarikat produksi filem Pure Flix memaklumkan pihaknya merancang untuk menghasilkan filem berkisar aksi berani pasukan penyelam, anggota penyelamat gua dan petugas perubatan yang berani mempertaruhkan nyawa mereka.