Bila sebut je nak melancong ke Australia, sudah pasti tempat yang paling wajib dikunjungi ialah Sydney dan New South Wales.
Bukan apa, Sydney dan New South Wales ni sering kali dikatakan sebagai tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik, redup dan pantai yang cukup indah.
Siapa pernah pergi, mesti tahu macam mana suasana indah sambil menghirup udara segar setiap pagi.
Kalau korang belum pernah pergi ke Sydney dan New South Wales, ini empat tempat yang wajib korang lawati! Konfem best!
1. The Blue Mountains
Sumber : Australian Traveller
Korang wajib singgah tempat ni sebab ia kawasan paling bersejarah dan hanya 90 minit je memandu dari Sydney.
Di The Blue Mountains, ada banyak gunung yang cantik-cantik yang cukup terkenal dengan keindahan yang tak lepas mata memandang.
Sumber : Blog
Paling ‘best’ ada air terjun dan gua batu kapur taw.
Kalau berkesempatan boleh pergi Scenic World dan meluncur di antara batu kapur dengan cable car tertinggi Australia, Scenic Skyway atau kereta api paling menggerunkan di dunia, Scenic Railway.
Sumber : Blog
Selepas itu, korang boleh meneroka gua Jenolan sambil menyelusuri sungai bawah tanah dan stalaktik menarik yang ada kat dalam tu.
2. Grand Pacific Drive
Sumber : Blog
Kalau korang rajin dan suka memandu dalam jarak yang jauh, New South Wales adalah kawasan paling tenang.
Enjoy drive sambil tengok taman negara, tebing laut dan pantai berkilauan kat tepi korang, yang mana menjadi habitat semula jadi ikan lumba-lumba, ikan paus, kanggaru dan anjing laut.
Sumber : Blog
Korang juga boleh masuk taman negara tertua Australia, Taman Negara Diraja yang mana ia juga adalah taman negara kedua tertua di dunia. Boleh tengok peninggalan raja-raja zaman dulu.
Lepas tu, memandu sikit ke Sea Cliff Bridge, Skydive the Beach di Wollongong atau meluncur sambil bergantung di Hill Lookout.
3. Hunter Valley
Sumber : Blog
Kat sini tempat yang paling sesuai sekali untuk si penggemar keju. Kat Hunter Valley, ada Hunter Valley Cheese Company, yang mana korang boleh rasa pelbagai jenis keju.
Kalau nak rasa coklat, boleh ke Hunter Valley Chocolate Company dan rasa coklat buatan tangan sendiri!
Sumber : Blog
Lepas tu, bawak anak-anak ke Hunter Valley Gardens, mesti diorang suka taman buku!
4. Port Stephens
Sumber : Australian Traveller
Dikenali sebagai Dolphin Capital of Australia dan hanya tiga jam ke arah Utara dari Sydney, kat sinilah lokasi ikan lumba-lumba liar bermain-main dalam air yang jernih dari bulan Mei hingga November.
Nak tengok secara dekat, korang boleh naik bot yang ada kat situ.
Sumber : Experienceoz
Kalau rasa nak bagi makan anak ikan jerung, boleh pergi ke Irukandji Shark & Ray Encounters. Comel-comel semuanya!
Untuk korang yang suka aktiviti mencabar seperti basikal quad, meluncur atas pasir dan 4WD pulak, jom rasai pengalaman ini di sepanjang bukit pasir yang menggunung di Stockton Beach. Ia merupakan bukit pasir terbesar di Hemisfera Selatan.
Sumber : Port Stephans