Pasti sudah ramai yang tidak sabar dan menantikan tayangan filem ‘Pulang’ pada 26 Julai ini yang dibarisi barisan artis yang cukup hebat.
Filem lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah ini mempertaruhkan bajet yang besar iaitu lebih RM6 juta. Wow! Banyak tu!
Sumber : xtra.com
Dikhabarkan, kos keseluruhan untuk menghasilkan filem ini menjadi tinggi kerana penggunaan kesan khas CGI yang banyak.
Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun, hasil CGI filem ini dibuat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan menelan kos sebanyak RM2 juta.
Sumber : xtra.com
"Pihak kami sangat teruja dan berbesar hati mendapat CGI yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada Finas sebanyak RM2 juta.”
Filem ini membawa lebih 500 pelakon tambahan dan ia juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi.
Walaupun barisan pelakon dalam filem ini cukup hebat dan mantap, mereka tetap juga menghadiri sesi uji bakat sebelum ditawarkan untuk berlakon.
Sumber : xtra.com
Bukan itu sahaja, sebelum penggambaran bermula, kesemua pelakon menghadiri kelas lakonan dari Fatimah Abu Bakar selama dua bulan.
Filem arahan Kabir Bhatia ini dihasilkan berdasarkan kisah benar tiga generasi Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.
Sumber : xtra.com
Pulang mengisahkan kedukaan seorang lelaki berasal dari Serkam, sebuah perkampungan nelayan di Melaka iaitu Othman yang berlayar ke serata dunia.
Selain Remy Ishak dan Puteri Aishah, pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan Juliana Evans.
Sumber : xtra.com
Jangan lupa bawa tisu lebih taw kalau nak menonton filem ‘Pulang’ ni!
Sumber : mStar
Sumber gambar feature : mStar