Korang mesti bangga bila tahu ada rakyat Malaysia yang berjaya menyahut cabaran melakukan misi konvoi ke Mekah hanya menaiki motosikal dan kereta.
Pastinya cabaran itu amat sukar dari segi mental dan fizikal kerana mereka perlu berhadapan dengan pelbagai ujian sepanjang perjalanan serta memakan masa selama berbulan-bulan.
Tapi korang mesti tak sangka seorang remaja, Muhammad Yusuf Abdullah yang berusia 19 tahun, mencabar dirinya melakukan misi berjalan solo ke Mekah, Arab Saudi!
Sumber : Sinar Harian
Berbekalkan RM2,000, Muhammad Yusuf memulakan perjalanan dari Masjid Negara ke Mekah sejak enam hari lalu.
Anak muda ini dijangka tiba di Mekah pada Februari tahun depan dan akan merentasi tujuh buah negara sepanjang pengembaraannya.
Antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq.
Korang pasti lebih bangga dengan anak muda ini apabila mengetahui dia telah melaksanakan misi mengembara ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selama lima bulan dan baru saja berakhir pada Mei lalu.
Namun ada sesetengah individu yang mengejeknya kurang siuman tetapi Muhammad Yusuf ingin buktikan bahawa remaja sepertinya mampu melakukan cabaran ‘gila’ ini.
“Saya yakin dengan niat yang betul, misi ini akan berjaya akhirnya. Saya tak peduli apa yang orang sekeliling kata tetapi saya hanya berserah kepada ALLAH untuk dipermudahkan perjalanan – Muhammad Yusuf
Cabaran ini memang agak ‘gila’ kerana Muhammad Yusuf perlu berjalan kaki tidak kira siang dan malam, hujan atau panas untuk melaksanakan misinya itu.
Team Oh Hangat ucapkan semoga selamat sampai ke tanah suci Mekah kepada Muhammad Yusuf dan dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
Sumber : Sinar Harian