Pemegang Rekod MBR Cipta Sejarah Buka Muzium Warisan India Yang Pertama Di Malaysia! Syabas!
By Hana Japre | 28, Jul 2018
SHARES
Pemegang rekod Malaysia Book of Records (MBR), J Prakash, 39, dan isterinya M Punita membuktikan hobi mengumpul artifak masyarakat India dahulukala bukan sia-sia apabila mereka berjaya membuka Muzium Warisan India yang pertama di Malaysia!
Bertempat di Jalan Macalister, Pulau Pinang, Muzium Warisan India itu mempamerkan 721 jenis artifak yang berusia lebih 50 tahun kepada pengunjung.
Antara jenis artifak yang dipamerkan ialah barang-barang kegunaan harian, sembahyang dan kerjaya masyarakat India sejak tahun 1800.
Untuk pengetahuan korang, pasangan ini diiktiraf dalam MBR sebagai pengumpul mangkuk tingkat lama yang terbanyak.
Bermula sebagai hobi, kini mereka berjaya merealisasikan impian untuk mempamerkan koleksi peribadi mereka bersama orang ramai.
Mereka sangat beruntung kerana Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sudi bekerjasama untuk menyediakan tempat yang sesuai bagi mempamerkan artifak pasangan suami isteri ini.
Berbeza dari muzium-muzium, yang sudah lama ditubuhkan di Malaysia, ia bakal membawa anda mengenang semula kehidupan masyarakat India pada zaman dahulu.
Muzium Warisan India dibuka setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 4 petang dan kemasukan adalah percuma!
Nampaknya korang dah ada lokasi menarik untuk dituju hujung minggu ini selain boleh mencari makanan best di sekitar Pulau Pinang.