Menurut laporan IDC, penjual telefon pintar jenama Apple telah memasarkan sebanyak 342 juta unit pada bulan Jun 2018, dan menunjukkan penurunan sebanyak 1.8% berbanding tahun lepas.
Huawei pula berjaya memasarkan 54.2 juat unit dan secara langsung mendominasi 15.8% pasaran keseluruhan jualan berbanding Apple hanya memasar 41.3 juta unit iaitu 12.1% sahaja.
Walaupun Huawei sudah berjaya mengatasi Apple, namun jenama telefon pintar itu masih lagi terpaksa bersaing dengan ‘Raja’ telefon pintar iaitu Samsung yang setakat ini masih lagi menduduki tangga teratas jualan telefon pintar terbesar dunia.