Oleh itu, sempena Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16 September akan datang, sebuah filem bertemakan perpaduan dan berinspirasikan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal ditayangkan di pawagam.
Berdasarkan laporan Astro Awani, filem ini mengikut kisah enam watak dari latar belakang dan bangsa yang berbeza, contohnya ada seorang anggota polis dan seorang pelajar di London.
Filem berdurasi 100 minit ini diarahkan oleh Saw Teong Hi, Nik Amir Mustapha dan MS Prem Nath.
Difahamkan, pelakon dan kru produksi terpaksa menyiapkan filem ini dalam tempoh yang singkat kerana ia akan ditayangkan menjelang sambutan Hari Malaysia.
Lebih menarik, filem ini menampilkan enam pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia.
Remy Ishak melakonkan watak Azman, seorang anggota polis manakala Mira Filzah melakonkan watak seorang gadis yang menetap di London dan tidak peduli mengenai kepentingan mengundi pada pilihan raya.
Penggambaran filem 'Rise: Ini Kalilah' dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Tak sabarnya nak tunggu filem ni ditayangkan, siapa agaknya yang memegang watak Perdana Menteri kan!