China Haramkan Filem Terbaru ‘Winnie The Pooh And Friends’ Kerana Menyerupai Presiden Xi? Eh, Mana Ada Sama!
By Hana Japre | 07, Aug 2018
SHARES
Kebiasaannya sesebuah filem atau karya akan diharamkan tayangannya kerana mengandungi unsur lucah atau ganas keterlaluan.
Namun di China lain pula alasannya apabila filem terbaru Winnie The Pooh and Friends diharamkan tayangannya kerana dikatakan menyerupai President Xi Jinping!
Watak Winnie The Pooh yang menggemari madu dikatakan sama dengan Presiden China itu dan tidak akan ditayangkan di China.
Menurut laporan Hollywood Reporter, China tidak memberikan penjelasan rasmi berhubung pengharaman filem itu tetapi sumber memberitahu ia disebabkan oleh netizen yang menyamakan Presiden Xi dengan beruang tersebut.
Presiden Xi tidak menyukai Winnie The Pooh selepas imej beliau dan Barack Obama dibandingkan dengan watak beruang itu serta rakan baiknya, sang harimau pada tahun 2013.
Hahaha, China won't screen the Winnie the Pooh biopic film, Christopher Robin. Proving just how thin skinned Xi Jinping really is as he's oft mocked for his resemblance to the cartoon anthropomorphic bear. pic.twitter.com/QqN4ArotQ8