Hantu Kak Limah Cipta Rekod Kutipan Paling Tinggi Sejak Ditayangkan! Habis Semua ‘Dihantui’ Dengan Cerita Ni!
By Faten | 29, Aug 2018
SHARES
Bermula dengan Zombi Kampung Pisang, watak Kak Limah kini menjadi peranan utama dalam menerajui filem Hantu Kak Limah
Siapa sangka, filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mencatat sejarah rekod tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila dilaporkan mencatatkan kutipan lebih RM32.5 juta sejak mula ditayangkan 9 Ogos lalu.
Walaupun belum ada laporan rasmi berhubung kutipan daripada mana-mana pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau pihak panggung wayang tetapi angka lebih RM30 juta itu sudah menjadi viral dalam media sosial.
Jika sebelum ini filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada tahun 2017 berjaya mengutip RM18.15 juta, dan kini filem Hantu Kak Limah berjaya memintas jauh filem berkenaan.
Kutipan filem ini sekaligus menjadi satu penanda aras yang sangat tinggi dan amat sukar untuk disaingi oleh mana-mana penerbit filem tempatan selepas ini.
Filem ini mendapat sambutan yang luar biasa kerana ianya merupakan filem untuk seisi keluarga dan ramai kanak-kanak yang suka dan terhibur menonton filem ini.
Ramai yang sudah menonton filem Hantu Kak Limah ni berulang kali, dan komedi filem itu sangat universal bahasanya sehinggakan dapat diterima ramai termasuk, Singapura dan Brunei.
Korang dah tonton belum filem Hantu Kak Limah ni? Kalau belum, cepat-cepat pergi tonton! Memang tak kering gusi lah!