Sebelum kejadian, Maya dikatakan sedang seronok berkongsi cerita mengenai filem Munafik 2 dan tiba-tiba aktres cantik ini muntah lalu dia bergerak keluar dari set program.
Bagaimanapun, drama mencemaskan itu rupa-rupanya hanyalah gimik untuk mempromosikan filem Munafik 2.
Lakonan spontannya itu membuatkan artis jemputan iaitu Syamsul Yusuf, Nasir Bilal Khan serta pengacara, Neelofa dan Nabil Ahmad tergamam seketika.
Namun, beberapa saat kemudian Maya Karin muncul semula ke set dan memberitahu ia hanyalah lakonan bersesuaian dengan watak Sakinah yang dibawanya dalam filem tersebut.