DBKL Tawar Bayaran Kompaun Serendah RM20 Kepada Pesalah Trafik Bermula 1 September Ini! Tak Ada Alasan Tak Nak Bayar Saman!
By Faten | 30, Aug 2018
SHARES
Nampaknya ini lah peluang yang dinantikan oleh semua pesalah trafik!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas.
Kompaun khas RM20 diberikan bagi pengguna motosikal, RM30 bagi kereta, MPV, van, lori kecil, pikap, 4WD dan SUV manakala RM50 bagi kenderaan berat seperti lori besar, bas, kren, traktor dan treler.
Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu akan ditawarkan bermula 1 hingga 30 September ini.
Pesalah trafik berpeluang menyelesaikan notis kompaun yang diterima sebelum 1 September 2018 bagi mengelakkan kes mereka disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Namun kadar khas itu tidak termasuk bagi kesalahan yang sudah disenarai hitam (status W) dan kes-kes mahkamah (tindakan undang-undang (U), sebutan mahkamah (M) dan waran tangkap (W).
Orang ramai boleh membuat bayaran kadar khas itu di beberapa lokasi antaranya kaunter bayaran dan kiosk DBKL, pejabat pos, aplikasi mudah alih DBKL Mobis dan portal dalam talian www.myeg.com atau e-bayar.
Cepat kumpulkan semua saman yang ada dan bayar dalam tempoh sebulan ni tau!