Biasanya orang lebih gemar minum kopi berbanding teh sebab rasanya yang lebih sedap dan aromanya yang sangat wangi.
Tapi bagi yang nak kurangkan berat badan, korang mesti tak percaya yang sebenarnya ada jenis teh yang mampu menurunkan berat badan anda secara semula jadi.

Sumber : tribunnews
Teh bukan saja baik untuk sakit tekak dan menenangkan, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Korang kena tahu empat jenis teh ini yang sangat berkesan untuk hilangkan berat badan!
1. Teh Hijau

Sumber : tribunnews
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.
Biasanya teh ini dihidangkan di restoran Jepun dan biasanya teh ini disajikan tanpa gula.
Kalau dah letak gula banyak, memang tak jadi diet la kan!
2. Teh Oolong

Sumber : tribunnews
Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari kerana ia dipercayai mampu menurunkan risiko obesiti dan dalam pada masa yang sama, korang dapat bentuk badan yang diidamkan.
3. Teh Mint

Sumber : Kumparan
Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapat melenyapkan selera korang.
Rasa daun pudina itu sendiri sudah membuatkan akan berasa lega dan dapat membuatka korang tak rasa nak makan pun.
Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
4. Teh Putih

Sumber : blog
Mesti ada yang tak pernah dengar mengenai teh putih. Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak.
Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Jadi, kalau korang semua nak kekal kurus, banyakkan minum teh putih ni tau!
Sumber gambar feature : blog