Korang mesti suka selfie setiap kali nampak tempat cantik atau barang yang menarik kan? Sekarang ni ada satu tempat yang boleh buat korang selfie sampai ‘muntah’.
Tak payah pergi jauh-jauh, “Selfie Museum” bertemakan pemanis mulut Malaysia yang pertama kini dibuka kepada orang ramai.
Bertempat di Fahrenheit 88, muzium ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2018 sempena hari kemerdekaan negara yang ke 61.
Muzium ini mempamerkan 9 bilik diinspirasikan daripada ukiran manisan yang ada di Malaysia.
Pengunjung juga akan dapat menikmati 5 manisan secara percuma seperti kek cawan sirap, kek cawan gula melaka, aiskrim Baskin Robbins, tart Pisang dan teh buih TeaLive.
'Selfie Museum' ini berkeluasan 7,000 kaki persegi, ditaja oleh jenama antarabangsa dan tempatan seperti Samsung, Pandora, Benefit Cosmetics, Baskin Robbins, Hotlink Red, TeaLive, llaollao, dUCk Scarves, dan Sos Cili Lingham.
Selain itu, bersempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 61, ‘Selfie Museum’ akan mengadakan pertandingan media sosial #Selfielah #Selfietogether yang bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2018.
Pengunjung digalakkan untuk menyertai dengan merakam swafoto kreatif dan memuat naik ke Instagram dengan menggunakan tanda pagar #selfielah dan #selfietogether untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti Samsung Galaxy Note9 terbaru dan banyak lagi secara mingguan!
Untuk mengetahui lanjut mengenai Selfie Museum– Dessert Series, korang boleh layari laman sesawang www.selfie.com.my.