Bagi korang yang suka makan mi segera yang pedas macam mi segera Samyang, korang wajib cuba mi segera terbaru keluaran Nongshim dari Korea Selatan!
Keenakan dan tahap kepedasan Mr. BIBIM konfem buat korang ‘terangkat’ sampai bulan lah!
Terdapat dua jenis perisa Mr. BIBIM yang membuatkan korang 'feeling' macam berada di Korea!

Tapi halal ke tidak? Mesti lah halal uolsss! Semua mi segera Mr. BIBIM memiliki sijil halal dari Persekutuan Muslim Korea (KMF) dan diperakui halal oleh JAKIM.
1. Mr.BIBIM Ayam Pedas Korea
(multi)_package shot - Copy 1.jpg)
Kalau korang memang penggemar makanan pedas, jom cabar diri korang makan mi segera Mr. BIBIM perisa Ayam Pedas Korea!
Korang konfem jatuh cinta dengan rasa ayam BBQ yang cukup enak, kepedasan pula tahap melecur lidah dengan aroma yang sungguh menyelerakan!
Macam ini lah baru puas hati makan mi segera pedas kan!
Harga pun sangat berpatutan, satu pek mengandungi empat paket Mr.BIBIM Ayam Pedas Korea yang berharga RM21.90.
2. Mr. BIBIM Kimchi Goreng
(multi)_package shot - Copy 1.jpg)
Kalau korang peminat makanan Korea, sudah pasti kimchi antara makanan kegemaran korang kan!
Tapi kalau mengidam tengah malam mana nak cari kimchi? Usah bimbang sebab Nongshim juga mengeluarkan Mr. BIBIM perisa Kimchi Goreng! Yummy!
Dalam setiap suapan, korang akan rasa keenakan kimchi sebenar yang masam dan pedas tak terkata!
Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan! Memang kena beli dan simpan stok Mr. BIBIM banyak-banyak dalam kabinet dapur korang! Hiks!

Kedua-dua perisa ini memang pedas giler sampai mulut korang boleh keluar api! Tak percaya? Korang kena cuba sendiri baru tahu!
Rasa mi segera Mr. BIBIM yang kenyal dengan ramuan istimewa rahsia ini konfem buat korang puas dan tak pandang dah mi segera Korea lain!
Produk ini juga boleh didapati di mana-mana peruncit popular seperti Aeon, Giant, NSK, Jaya Grocer, Grocer Village dan lain-lain.
Jangan salahkan Team Oh Hangat taw kalau korang terbayang keenakan Mr. BIBIM sampai terbawa dalam mimpi!