Proton SUV X70 Boleh 'Booking' Mulai Esok, Korang Beli Lah Satu! Deposit RM1,000 Je!
By Faten | 07, Sep 2018
SHARES
Nampaknya kereta idaman korang yang ditunggu-tunggu sudah boleh ditempah mulai esok!
Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi model SUV pertamanya hasil kerjasama dengan Geely sebagai Proton X70.
Nama X70 dipilih selepas lebih 60 peratus peserta yang menyertai peraduan memilih nama SUV itu secara atas talian yang dibuka pada April lalu.
Seramai 90,000 orang menyertai peraduan ini dan peserta perlu memilih empat nama pilihan mereka iaitu PX7, X7, X70 dan X700.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata pihaknya akan mengadakan sesi pratonton Proton X70 untuk pelanggannya di tujuh bandar utama di seluruh negara bermula 19 September hingga 4 November ini.
Tujuh lokasi itu ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
PROTON juga mengumumkan tempahan untuk pembelian SUV itu boleh dibuat di cawangan terpilih di seluruh negara dengan bayaran deposit sebanyak RM1000 je!
Jadi apa tunggu lagi! Jom cepat tempah PROTON SUV X70 esok!