Beg Plastik Balenciaga Dijual Pada Harga RM4920? Ada Siapa Yang Nak Beli Tak?
By Faten | 07, Sep 2018
SHARES
Jenama fesyen terkemuka, Balenciaga sudah cukup sinonem dalam dunia fesyen diseluruh pelusuk dunia.
Jenama Balenciaga sering kali mengeluarkan fesyen yang unik dan pelik seperti sebelum ini beg ‘toto’ dan beg Ikea.
Tapi kali ni Balenciaga sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan sebuah beg yang diinspirasikan daripada beg plastik pasar raya.
Sekali pandang memang beg ini seperti beg plastik, namun beg yang dikenali sebagai Supermarket Shopper Stripe Leather Bag ini diperbuat dari bahan kulit anak biri-biri.
Beg ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu warna hitam putih, merah putih dan hitam kuning.
Dihasilkan dengan penuh kualiti di Itali, beg dengan dua pemegang ini senang dicuci. Korang hanya perlu mengelapkannya dengan kain basahje.
Beg ini bukan saja boleh digunakan untuk wanita je tau tapi lelaki juga boleh guna beg ni sebab beg ni bersirikan unisex.
Korang rasa teringin nak pakai beg ni? Beg ini dijual pada harga USD 1,190 (RM4,920). Mampu tak nak beli?
Koleksi beg ini telah mendapat perhatian ramai kerana koleksi seperti ini tidak dijangka langsung oleh para penggemar fesyen.
Lepas ni kalau tengok orang pakai beg macam beg plastik tu jangan membawang pula tau!