Jepun Bakal ‘Test’ Lif Angkasa Pertama Di Dunia Minggu Depan! Boleh Pergi Angkasa Naik Lif Lepas Ni!
By Faten | 12, Sep 2018
SHARES
Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi yang mereka ada.
Terbaru, sekumpulan penyelidik daripada Jepun dikhabarkan akan mencuba model mini lif ke angkasa mereka minggu hadapan.
Kumpulan penyelidik ini bertanggungjawab mencipta lif angkasa, dan ia akan dibawa oleh kapal angkasa H-2B daripada Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan akan dilancarkan dari sebuah pulau di Tanegashima.
Model mini lif ini dikatakan dalam sebuah kotak mempunyai saiz 2.4 inci tinggi, 3 cm lebar dan 3 cm panjang.
Ia akan digantung juga pada sebuah kabel nanokarbon yang disambung dengan International Space Station.
Lif angkasa ini dijangka akan beroperasi pada tahun 2050 jika misi dan model lif ini berjaya dilancarkan minggu hadapan.
Tak sabar nak tunggu pelancaran lif ni kan! Hebat!