Keenakan Roti Bakar Kayu Arang & Kopi Giling Kopitiam Aik Seng Tiada Tandingan, Rugi Tak Cuba!
By Hana Japre | 14, Sep 2018
SHARES
Sebut saja kopitiam, korang mesti boleh bayangkan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa duduk semeja dan bergelak ketawa sambil menikmati secawan kopi.
Namun suasana seperti ini lebih meriah di Kopitiam Aik Seng yang terletak di Jalan Wharf, Sarikei Sarawak.
Sumber : Berita Harian Online
Kebanyakan pelanggan sanggup berkunjung ke kopitiam ini dari jauh semata-mata untuk menikmati keenakan kopi giling dan hidangan roti bakar yang dibakar menggunakan arang kayu.
Korang pasti jatuh cinta dengan keenakan roti bakar arang kayu di kopitiam ini yang lebih ‘umpphh’ apabila dicicah dengan kopi giling.
Lagi best kalau korang ‘order’ roti bakar yang disapu dengan mentega biasa, mentega kacang dan kaya pandan yang dihasilkan sendiri menggunakan resepi rahsia tiga generasi keluarga pemilik kopitiam ini.
Walaupun kopitiam sudah popular sejak 70 tahun lalu, pemiliknya, Wong Mee Mee, masih mengekalkan reka bentuk dalaman dan kualiti makanannya.
Ramai generasi masa kini tidak mengetahui keenakan roti bakar menggunakan dapur arang.
Kalau korang berkunjung ke Sarikei, jangan lepaskan peluang untuk mencuba roti bakar yang disapu dengan seri kaya kerana rasanya berbeza daripada yang dijual di kedai kopi lain taw!