Bagi peminat marijuana, korang mesti ‘happy’ kalau perancangan Coca-Cola untuk menghasilkan minuman berperisa ganja menjadi kenyataan!
Memetik laporan Reuters, Coca-Cola akan bekerjasama dengan syarikat Aura Cannabis Inc. dari Kanada untuk mengatasi masalah permintaan yang semakin berkurangan terhadap produk soda mereka yang tinggi paras gula.
Sumber : Thegrandsocial
Oleh itu, melalui penghasilan kopi marijuana yang menfokuskan kesihatan, harap ia akan mendapat tempat di hati orang ramai.
Minuman itu dipercayai akan berfungsi meredakan masalah keradangan, kesakitan dan kekejangan.
Untuk pengetahuan anda, penggunaan marijuana sudah banyak diluluskan di beberapa negeri di Kanada namun di negara kita, ianya masih di bawah akta bahan terlarang.
Rasanya mesti minuman perisa ganjia Coca-Cola ni tak dibenarkan memasuki pasaran Malaysia kan!