Penangan Jual Nasi Ayam RM1, Peniaga Ini Digelar Hero! Mana Nak Cari Murah Macam Ni Kan!
By Hana Japre | 19, Sep 2018
SHARES
Pada masa kini, macam dah tak relevan nak jual makanan dengan harga RM1 kan! Mana taknya, air kosong pun dah kena bayar 50 segelas.
Tapi seorang peniaga mengambil ‘risiko’ menjual nasi ayam dengan harga RM1 sahaja di Johor Bahru.
Sumber : Mstar
Peniaga yang dikenali sebagai Norhidayat, 30, di Restoran Cemara Urban di Bandar Seri Alam dianggap hero bagi para pelajar di sekitar itu kerana menjual nasi ayam bajet dan menjimatkan duit poket mereka.
Restoran yang mula beroperasi awal bulan ini menjadi tumpuan orang ramai kerana sajian nasi ayam bajet selain makanan yang sedap.
Menurut Norhidayat, ini cara dia dan keluarga berkhidmat kepada masyarakat dan berharap ramai yang mendapat manfaat terutamanya pelajar.
Sumber : Harian Metro
Walaupun tidak menjana keuntungan menjual nasi ayam tersebut, dia bergantung kepada masakan lain bagi mengekalkan perniagaannya.
Selain itu, dia turut menyewakan restorannya kepada pengusaha gerai yang menyediakan makanan mengikut bajet pelajar.
Restoran Cemara Urban ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 pagi namun nasi ayam hanya terhad kepada 500 bekas sahaja sehari.
Nasi ayam kalau beli sebungkus kat luar dah RM6 kan, kalau dekat ni hari-hari min pergi beli taw! Haha!