Hobi mengembara bukan perkara ‘pelik’ pada masa kini memandangkan ramai individu terutamanya remaja gemar meneroka dunia sebagai ‘backpackers’!
Bagi individu yang suka mengembara, ia ibarat kepuasan yang tidak dapat digambarkan sebaik saja menjejakkan kaki di sesuatu lokasi pilihan selain mendapat ketenangan luar biasa.
Maka tidak hairanlah pasangan suami isteri ini, Rene Sullivan, 45, dan Samantha Koo, 43, sanggup mengambil langkah drastik menjual sebahagian harta dan meninggalkan kerjaya semata-mata mahu mengembara menggunakan campervan.
Sumber : Harian Metro
Mungkin ia kedengaran agak gila tetapi pasangan ini sudah dua tahun keluar dari zon selesa dan kini dikenali sebagai ’24 Hour Travellers’.
Pasangan ini bukan memiliki pekerjaan biasa-biasa memandangkan Samantha adalah bekas pengarah filem syarikat produksi dan pemilik studio fotografi manakala suaminya bekerja sebagai komposer dan memiliki syarikat sendiri.
Sumber : Harian Metro
Namun mereka sanggup meninggalkan kerjaya untuk bebas berkelana ke serata dunia dan tanpa terikat dengan komitmen pekerjaan.
Menurut laporan Harian Metro, mereka tidak menyesal mengambil langkah meninggalkan kerjaya itu yang membolehkan mereka mengumpul wang selama ini.
“Kami tidak menyesal bekerja selama ini kerana hakikatnya pekerjaan itu membolehkan kami mengumpul wang yang cukup untuk membuat keputusan drastik seperti ini.
“Selama ini seperti orang lain, kami sentiasa bimbang tidak mempunyai wang mencukupi untuk menampung hidup dan komitmen setiap bulan jika tidak bekerja.
“Namun kini kami sedar kami tidak perlukan terlalu banyak wang seperti yang disangka.
“Selama ini, kami menggunakan banyak wang untuk perkara yang bukan keperluan termasuk membeli pakaian dan perabot selain mengekalkan gaya hidup,”
Tambah Samantha, kehidupan mereka kini lebih tenang dan kos perbelanjaan harian bulanan lebih murah kerana tidak perlu membeli keperluan rumah atau pakaian baru.
Malah dia dan suami belajar banyak perkara terutamanya bersyukur menghargai perkara yang nampak kecil dalam hidup terutamanya air dan elektrik.
Sumber : Harian Metro
Korang mesti terpegun apabila mengetahui campervan yang dimiliki mereka diubah suai dari sebuah van Toyota LiteAce Premio terpakai dan dilengkapi bekalan elektrik tenaga solar, ruang tidur, kabinet barang dan dapur kecil.
Kini, Samantha dan suaminya lebih gembira menjalani kehidupan mereka kerana bebas melakukan apa saja tanpa memikirkan komitmen kerja yang tidak pernah habis!
Korang ada terfikir nak berhenti kerja dan mengembara? Hati kena betul-betul kental, duit simpanan pun kena banyak baru boleh mula. Kalau tak, memang nangis dalam campervan! Haha!