[VIDEO] Kaki ‘Gamerz’ Konfem Teruja Menanti Kemunculan Sony Playstation Classic Disember Nanti!
By Hana Japre | 20, Sep 2018
SHARES
Nampaknya Team Oh Hangat ada berita baik untuk kaki ‘gamerz’ atau lebih tepat lagi peminat Sony Playstation!
Sony mengumumkan akan mengeluarkan konsol Sony Playstation Classic pada 3 Disember 2018! Yeah!
Kenapa ‘classic’? Ini kerana konsol tersebut menyerupai reka bentuk Playstation 1 yang dikeluarkan pada 1994.
Bagaimanapun, playstation ini bersaiz 45% lebih kecil daripada keluaran asal dan diisi dengan 20 permainan video yang popular seperti Tekken 3 dan Final Fantasy VII.
Selain itu, korang tak boleh menambah permainan video lain pada konsol ini dan menggunakan HDMI serta kabel USB untuk disambung dengan televisyen.
Playstation Classic dijual pada harga RM429 dengan kuantiti yang terhad, jadi korang lupa mark kalendar! Takut sold out, gigit jari lah korang!