Koleksi G-Shock Glacier Gold Merecik Habis! Kalau Korang Pakai, Konfem Member Sebelah Berpeluh!
By Hana Japre | 27, Sep 2018
SHARES
Rekaan jam tangan keluaran G-Shock tidak pernah mengecewakan! Setiap rekaannya pasti menjadi idaman peminat setia G-Shock walaupun harganya mahal mencecah ribuan ringgit.
Selepas Celestials Guardian, G-Shock melancarkan rekaan terbaru, Glacier Gold sempena ulangtahun G-Shock ke-35 tahun.
Rekaan yang kelihatan klasik dengan ‘clear resing’ pada tali jam, sarung jam dan cangkuk jam berwarna emas bakal menyerlahkan lagi aura si pemakai!
Bukan saja rekaannya menarik, korang juga boleh mendapatkan rekaan baharu ini dalam empat jenis model iaitu DW-5035E, DW-5735E, GA735E dan GA835E.
Nampaknya gaji korang hujung bulan ni memang licin lah sebab koleksi G-Shock Glacier Gold akan dijual mulai Oktober ini dengan harga USD 160 (RM650++) hingga USD220 (RM900++)