Michelle Yeoh Dapat Hak Filem ‘Billion Dollar Whale’, Siapa Yang Dipilih Pegang Watak Jho Low?
By Hana Japre | 28, Sep 2018
SHARES
Selepas kejayaan filem Crazy Rich Asians, penerbit Michelle Yeoh diberi hak filem untuk buku Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hhollywood, and the World yang mengisahkan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low!
Syarikat penerbitan Michelle, Ivannhoe Pictures akan memeterai perjanjian baharu dengan syarikat SK Global.
Rasanya korang pun tak sabar buku paling laris di New York Times itu difilemkan memandangkan plot ceritanya juga dipercayai berkisarkan kisah benar!
Buku yang ditulis Tom Wright dan Bradley Hope itu merupakan usaha penyiasatan dua wartawan Wall Street Journal yang mendedahkan bagaimana wang milik syarikat 1MDB yang didakwa diseleweng dalam satu skandal pengubahan wang haram terbesar dunia.
Dalam kes yang masih dalam siasatan pihak berkuasa Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat itu, dikatakan sejumlah AS$5 bilion telah dicuri oleh Jho Low, seorang rakyat Malaysia yang juga perancang utama penyelewengan tersebut.
Sehingga kini, Jho Low masih diburu pihak berkuasa di seluruh dunia.
Korang rasa siapa yang akan memegang watak Jho Low? Ramai netizen harap Harith Iskandar yang dipilih, korang rasa sesuai ke tidak atau ada cadangan lain?